Monday, August 26, 2013

PERATURAN PEMARKAHAN BM KERTAS 1

PERATURAN PEMARKAHAN   BAHASA MELAYU SPM
KERTAS 1

Bahagian A: Karangan Berdasarkan Bahan Rangsangan

[30 markah]



KRITERIA PENSKORAN

   
     PERINGKAT

  
    MARKAH

   KRITERIA





       Cemerlang


     26 – 30

       
        atas
    (28 – 30)

   
    (26 – 27)
      bawah

  • Karangan menepati tema bahan rangsangan.

  • Bahasa gramatis dari segi kata dan ayat. Penggunaan tanda baca betul dan tepat. Ejaan mengikut Sistem
      Ejaan Rumi Baru. Penggunaan kosa kata luas dan
      tepat.

  • Wacananya lengkap. Unsur bahasa yang digunakan bervariasi dan menggunakan ungkapan yang
     menarik (peribahasa,  slogan, kata-kata ucapan)

  • Idea relevan dengan tema bahan rangsangan dan dihuraikan dengan jelas dan matang.







        Kepujian



       20 – 25

        
           atas
      (23 – 25)


      (20 – 22)
        bawah

  • Karangan menepati tema bahan rangsangan.

  • Bahasa gramatis dari segi kata dan ayat. Tanda baca betul dan tepat. Ejaan mengikut Sistem Ejaan Rumi Baru. Penggunaan kosa kata luas.

  • Wacananya lengkap. Unsur bahasa yang digunakan bervariasi.

  • Idea relevan dengan tema bahan rangsangan dan dihuraikan dengan jelas.






   
     PERINGKAT

  
    MARKAH

   KRITERIA






       Memuaskan


     15 – 19

        
        atas
    (17 – 19)


    (15 – 16)
       bawah

  • Karangan masih menepati tema bahan rangsangan.

  • Bahasa masih gramatis dari segi kata dan ayat. Penggunaan tanda baca masih betul dan tepat.
            Ejaan masih mengikut Sistem Ejaan Rumi Baru.
      Penggunaan kosa kata umum.

  • Wacananya masih lengkap. Unsur bahasa masih bervariasi.

  • Idea masih relevan dengan tema bahan rangsangan. Huraian idea masih jelas.





         Kurang
      Memuaskan



      10 – 14

        
         atas
     (12 – 14)


     (10 – 11)
       bawah

  • Karangan kurang menepati tema bahan rangsangan.

  • Bahasa kurang gramatis dari segi kata dan ayat. Kesalahan-kesalahan tatabahasa ketara. Ejaan masih mengikut Sistem Ejaan Rumi Baru tetapi terdapat kesalahan ejaan yang ketara. Penggunaan  kosa kata terhad.

  • Wacana kurang lengkap. Unsur bahasa kurang bervariasi.

  • Idea kurang relevan dengan tema bahan rangsangan
     dan huraiannya kurang jelas.



       Pencapaian
        Minimun








      01 – 09

         atas
     (06 – 09)


      (01 –05)
       bawah



  • Calon tidak menunjukkan penguasaan kemahiran menulis.

  • Banyak kesalahan bahasa dari segi kata dan ayat.

  • Idea tidak menepati tema bahan rangsangan.

Bahagian B: Karangan Respons Terbuka

[100 markah]

PERINCIAN PEMARKAHAN


Cara Pemeriksaan


  1. Pemeriksaan dijalankan secara holistik berpandukan peringkat dan kriteria yang ditetapkan.


  1. Jika karangan:

    1. Kurang daripada 350 perkataan, periksa seperti biasa

    1. Terlalu panjang – periksa seperti biasa hingga ke akhir karangan


  1. Kesalahan format hendaklah ditolak maksimum 2 markah.


  1. Kesalahan ejaan hendaklah ditolak ½ markah dan pemotongan maksimum 3 markah. Tiada pemotongan markah bagi kesalahan ejaan yang berulang.


  1. Cara menanda kesalahan isi, ejaan dan tanda baca:

(       )               = Kesalahan isi

_____              = Kesalahan bahasa, rangkai kata dan perkataan

                /                   = Kesalahan ejaan dan huruf besar (nama khas)

              //                    = Kesalahan ejaan yang berulang

                                   
                                    = Kesalahan tanda baca




1103/1(PP)                                                                                                                                SULIT
KRITERIA



KRITERIA


DESKRIPSI

1. BAHASA
(Mekanis)

  • Kegramatisan       –       kata (morfologi)
                                   -        ayat (sintaksis)

  • Tanda baca

  • Ejaan


2. LARAS
(Dinamis)


  • Pemilihan kosa kata


3. IDEA (ISI)

  • Tema

  • Isi utama

  • Pengembangan (huraian/ bahasa/hujahan/ contoh)

  • Kerelevenan


4. PENGOLAHAN

  • Wacana

  • Logik

  • Pemerengganan

  • Format


5. GAYA BAHASA

  • Keindahan bahasa

  • Ungkapan

  • Peribahasa


1103/1(PP)                                                                                                                                SULIT

KRITERIA PENSKORAN


PERINGKAT


MARKAH

KRITERIA








CEMERLANG








80 – 100

(90 – 100)

(80 – 89)

  • Penggunaan pelbagai jenis kata yang luas dan tepat.
  • Penggunaan pelbagai ayat majmuk yang gramatis.
  • Ejaan dan tanda baca betul
  • Laras bahasa sesuai dengan tugasan
  • Penggunaan kosa kata luas dan tepat
  • Idea relevan mengikut tugasan, dihuraikan dengan jelas dan matang, disertakan dengan contoh yang sesuai
  • Pengolahan menarik dan berkesan serta pemerengganan sesuai.
  • Wacana lengkap dan terdapat kesinambungan idea yang jelas antara perenggan.
  • Penggunaan unsur bahasa bervariasi
  • Gaya bahasa menarik dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan seperti peribahasa, pantun, cogan kata atau frasa.








KEPUJIAN







66 – 79

(73 – 79)

(66 – 72)

  • Penggunaan pelbagai jenis kata yang tepat.
  • Penggunaan pelbagai ayat majmuk yang gramatis tetapi terdapat kesalahan yang minimum
  • Ejaan dan tanda baca betul
  • Laras bahasa sesuai dengan tugasan.
  • Penggunaan kosa kata luas dan tepat
  • Idea relevan mengikut tugasan, dihuraikan dengan jelas, diserta dengan contoh yang sesuai.
  • Pengolahan menarik dan berkesan serta pemerengganan sesuai.
  • Wacana lengkap dan terdapat kesinambungan idea yang jelas antara perenggan.
  • Penggunaan unsur bahasa masih bervariasi.
Gaya bahasa masih menarik dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan seperti  peribahasa, pantun, cogan kata atau frasa.


PERINGKAT


MARKAH

KRITERIA








BAIK








51 - 65

(58 – 65)

(51 – 57)

  • Penggunaan pelbagai jenis kata sesuai.
  • Penggunaan ayat majmuk  gramatis tetapi terdapat kesalahan yang minimum.
  • Ejaan dan tanda baca masih betul.
  • Laras bahasa sesuai mengikut tugasan.
  • Penggunaan kosa kata umum.
  • Idea masih relevan mengikut tugasan, huraian isi masih jelas dan contoh masih sesuai.
  • Pengolahan masih menarik, dan pemerengganan masih sesuai.
  • Wacana masih lengkap
  • Penggunaan unsur bahasa masih bervariasi.
  • Gaya bahasa kurang menarik dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan kurang berkesan.








MEMUASKAN







36 – 50

(43 – 50)

(36 – 42)

  • Penggunaan pelbagai jenis kata  terhad.
  • Ayat kurang gramatis.
  • Ejaan dan tanda baca betul tetapi terdapat kesalahan yang minimum.
  • Laras bahasa kurang sesuai.
  • Penggunaan kosa kata umum dan terhad.
  • Idea masih relevan mengikut tugasan,
      huraian isi kurang jelas dan contoh kurang
      sesuai.
  • Pengolahan kurang menarik, pemerengganan kurang sesuai.
  • Wacana masih / kurang lengkap
  • Penggunaan unsur bahasa kurang bervariasi.
  • Gaya bahasa kurang menarik dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan kurang berkesan.










PERINGKAT



MARKAH


KRITERIA








KURANG
MEMUASKAN








21 – 35

(28 – 35)

(21 – 27)

  • Penggunaan kata kurang tepat.
  • Ayat tidak gramatis tetapi masih difahami.
  • Terdapat kesalahan ejaan dan tanda baca yang ketara.
  • Idea masih relevan / idea bercampur aduk dan huraian tidak jelas / tidak berkembang dan contoh tidak sesuai.
  • Pengolahan tidak menarik.
  • Wacana tidak lengkap dan binaan perenggan tidak seimbang.
  • Unsur bahasa tidak bervariasi.
  • Gaya bahasa dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan lemah.









PENCAPAIAN
MINIMUM







01 – 20

(11 – 20)

(01 – 10)

  • Keseluruhan menunjukkan penggunaan kata dan ayat yang tidak gramatis.
  • Kesalahan ejaan dan tanda baca yang ketara.
  • Idea bercampur aduk dan huraian tidak jelas/ tidak berkembang dan contoh tidak sesuai.
  • Pengolahan tidak menarik.
  • Wacana tidak lengkap dan binaan perenggan tidak seimbang dan tidak sesuai.
  • Gaya bahasa dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan lemah serta tidak menarik.
  • Keseluruhan karangan sukar / tidak difahami.




Cara menulis               K         -       Peringkat markah         Contoh     K       -     75
                                   -  E         -       Mak 3 markah                               - E       -     03
                                   -  F          -      Mak  2 makah                                - F        -    02 

                                      Jumlah       -     Markah bersih                                 J         -    70    


6 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. cikgu, kalau panjang perenggan tak sama, sebagai contoh , perenggan isi 10 baris, perenggan penutup 5 baris sahaja, adakah ia akan menjejaskan markah karangan ?

    ReplyDelete
  3. Cikgu jika soalan dimensi antarabangsa dijawab dimensi masyarakat boleh dapat beberapa markah

    ReplyDelete
  4. Gg klau soalan mintak peranan ahli keluarga pstu kita jawab ibu bapa shj kelimalima isi boleh dpt brape markah?

    ReplyDelete
  5. Terlupa tulis nombor soalan ada tolak markah?

    ReplyDelete