KELAS KECEMERLANGAN TINGKATAN 5 BAHASA MELAYU
LATIH TUBI – MENGESAN KESALAHAN EJAAN DALAM AYAT
Arahan : Dalam setiap ayat di bawah terdapat SATU kesalahan ejaan. Kenal pasti dan garis kesalahan tersebut kemudian tuliskan ejaan yang betul.
1. Pekerja-pekerja swasta itu sedang memperlebar lebuhraya yang menghala ke Kuantan.____________
2. Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar T6 telah mengadakan Kejohanan Olahraga kali ke-tujuh pada minggu lepas._______________________
3. Pak Bilal menggolong tikar itu lalu menyimpannya di dalam stor masjid setelah selesai solat.__________
4. Tanggung jawab ibu bapa memberikan kasih sayang kepada anak-anak bagi memupuk sikap positif dalam diri mereka. _______________________
5. Kita boleh membina pemahaman yang lebih komplek daripada perkataan bahasa Inggeris.____________
6. Salah faham dan perasangka antara rakyat dapat dielakkan apabila mereka menggunakan bahasa kebangsaan dalam hubungan komunikasi seharian. _______________________
7. Sofia seolah-olah tidak memahami dunia anak-anaknya dan kurang memantau aktiviti yang dilakukanoleh mereka lantaran kesebukan mengejar kerjayanya. ______________________
8. Sebahagian kecil dalam kalangan murid sekolah terlibat dalam kumpulan gengsterisma.______________
9. Encik Badrul bercadang membawa keluarganya pergi melancung.______________________
10. Saya dan ayah akan bertolak ke Kuala Lumpur pada hujong minggu ini. ______________________
11. Jumlah urusniaga di Bursa Malaysia telah memperlihatkan pertambahan positif.__________________
12. Kempen Hidup Sihat dilancarkan untuk mengurangkan obisiti dalam kalangan masyarakat khususnya kanak-kanak. ______________________
13. Langkah memberikan lesen perniagaan yang lebih banyak kepada peniaga bukan bersifat anti monopoli, tetapi untuk mewujudkan suasana yang lebih adil. ______________________
14. Sekrip yang berkualiti akan menghasilkan cerita yang menarik dan berkesan._____________________
15. Setiap hari kami akan mengulangkaji bersama-sama di perpustakaan. ______________________
16. Pengetua perlu memastikan semua sijil adalah tulin sebelum mengesahkan sijil-sijil tersebut.________
17. Salma sedang asyik membaca sebuah novel yang berjudul ‘Badai Semalam’ sambil beristirehat di beranda rumah. ________________________
18. Semua lembu peliharan Pak Cik Adib lari ke bawah rumah apabila hujan turun secara tiba-tiba.________
19. Keuntungan yang selalu dijanjikan melalui sekim cepat kaya merupakan suatu pembohongan.__________
20. Wang yang disimpan oleh Mak Cik Minah selama ini hilang tampa diduga.____________________
21. Kita hendaklah sentiasa berusaha untuk mengeratkan tali silaturrahim dengan jiran-jiran.___________
22. Kamal menghidap penyakit leukimia sejak tiga tahun yang lalu. __________________________
23. Stem yang bertemakan tahun arnab ini dicetak di atas plastik berwarna emas.____________________
24. Penduduk di kawasan pedalaman itu hanya menggunakan eka-bahasa sahaja, iaitu bahasa ibunda mereka.
__________________________
25. Bandaraya itu seolah-olah hari siang kerana dilimpahi lampu jalan yang terang-benderang.____________
26. Sambutan ulang tahun kemerdekaan negara yang ke57 telah diadakan secara sederhana.____________
27. Kedua-dua orang petinju professional yang sedang bertinju di gelanggang itu keletihan apabila memasuki pusingan yang ke-6. __________________________
28. Komputer terdiri daripada litar-litar elektronik yang disusun mematuhi hukum-hukum lojik.__________
29. Sinar gamma ialah sinaran elektromagnitek yang paling bertenaga berbanding dengan jenis sinaran lain yang diketahui manusia. __________________________
30. Pemakanan melalui deiat seimbang amat penting untuk memelihara kesihatan seseorang.________
31. Katun Upin Ipin amat digemari oleh adik Cha. __________________________
32. Peningkatan jumlah pengangguran akibat kelembapan ekonomi golabal sudah tentu turut memberikan kesan kepada ekonomi negara. ____________________________
33. Hargailah masa sekarang untuk mencapai cita-cita yang diidamkan kerana sesungguhnya masa itu tidak pernah menunggu sesiapa. ____________________________
34. Sukan bowling semakin diminati oleh semua lapisan masyarakat terutama mereka yang tinggal di kawasan bandar. _____________________________
35. Pemenang pertama pertandingan menulis esei itu akan menerima hadiah berupa baucer bernilai RM50.00.
______________________________
36. Pemuda yang berambut kerinting itu ialah kawan abang saya. ______________________________
37. Guru-guru terpaksa selalu bersabar ketika berhadapan dengan karenah pelajar-pelajar._____________
38. Makanan yang mengandungi protin membantu dalam proses tumbesaran kanak-kanak.______________
39. Majlis ulangtahun perkahwinan Encik Halim dan isterinya yang ke-25 tahun dihadiri oleh ahli keluarga dan sahabat-sahabat mereka. _______________________________
40. Kertas soalan Sains dan Matematik menggunakan dwi bahasa._______________________
41. Adik Mimi akan memasuki pra-sekolah pada tahun hadapan.________________________
42. Bapa saya sangat suka membaca suratkhabar sambil menikmati kopi panas._______________________
43. Alif sedang meneliti gambarajah sebelum menjawab soalan Geografi itu._______________________
44. Pak Nik serta kawan-kawannya yang telah pencen gemar bersembang di warong bawah pokok milik Pak Kandar._________________________
45. Perletakan jawatan Encik Kumar mengejutkan semua pekerja di syarikat itu._____________________
46. Agensi pelancongan itu menyediakan pekej yang menarik untuk pelanggan mereka._________________
47. Ramai pelajar yang tidak gemar memakai stokin semasa ke sekolah._________________________
48. Kegiatan ko-kurikulum sangat penting dalam melatih sifat kepimpinan dalam diri pelajar-pelajar sekolah.
_________________________
49. Lelaki berjeket hitam yang sering dilihat berdiri di bawah pokok sambil memerhati pelajar-pelajar di sekolah itu kurang disenangi oleh pihak sekolah._________________________
50. Semua atlit sekolah yang terpilih mewakili sekolah pada tahun hadapan telah memulakan latihan di kompleks sukan. __________________________