Wednesday, January 29, 2020

CERITA PAK KADOK

Pak Kadok MENANG SORAK KAMPUNG TERGADAI


Pak Kadok tinggal di negeri Chempaka Sari di mana raja negeri itu bergelar Indera Sari. Baginda cukup gemar menyabung ayam. Pada suatu hari, Raja Indera Sari mahu adakan pesta menyabung ayam dan Pak Kadok hendak mengambil bahagian dalam pesta itu. Penduduk sering berkata ayam sabung Pak Kadok, Biring Si Kunani itu bertuah kerana ayam itu pasti menjadi juara.


     Pak Kadok membeli kertas dan menyuruh isterinya membuat baju dan seluar untuk ke pesta itu. Walaupun Pak Kadok miskin tetapi dia tetap suka bergaya. Mak Siti Segera menggunting baju dan seluar kertas itu. “Tak usahlah dijahit, pakai pelekat saja,” kata Pak Kadok.

   Mak Siti mengikut sahaja kata suaminya itu dan selepas siap Pak Kadok pun memakai baju dan seluar kertas itu. Di atas kepalanya Pak Kadok memakai tengkolok helang menyonsong angin. Pak Kadok nampak bergaya sekali dan tampak kacak seperti juara yang mahir dalam hal sabung-menyabung ayam. Pak Kadok menangkap ayamnya Biring Si Kunani dan menuju ke gelanggang raja untuk menyabung ayam dengan raja.

    Pak Kadok pun dititah mengadap sebelum bermula. Baginda bertitah;

“Hai Pak Kadok, mari kita bertukar ayam. Ambillah ayam beta ini, elok, cuba lihat romannya jalak putih mata, dan ayam Pak Kadok, Biring Si Kunani sahaja tiada berapa tuahnya,” titah baginda pula.


    Pak Kadok terharu mendengar kata-kata baginda itu maka tanpa berfikir panjang Pak Kadok pun setuju bertukar ayam dengan baginda raja. Baginda begitu gembira kerana dapat ayam Pak Kadok kerana baginda tahu ayam itu ayam yang bertuah.

Maka titah baginda, "Hai Pak Kadok, apakah taruhnya kita menyambung ayam ini?"

   Pak Kadok pun berkata, "Ampun Tuanku patik bukanya berharta yang patik ada cuma perkampungan patik saja. Maka jika tidak keberatan izinkan patik gadaikan kampung untuk taruhan kali ni."

     Baginda pun bersetuju dengan taruhan Pak Kadok itu. Masing-masing pun melepaskan ayam. Bermula sabung menyabung antara Biring Si Kunani dan Jalak Putih dengan sengit sekali. Jalak Putih cuba untuk membalas serangan dari Biring Si Kunani tetapi tewas juga, Jalak Putih tersungkur di tengah gelanggang.




      Melihat situasi tersebut Pak Kadok bertepuk sorak, sambil melompat-lompat. Pak Kadok terlupa yang dia telah bertukar ayam dengan baginda tuanku dan kerana melompat-lompat terlalu kuat, baju dan seluar kertas Pak Kadok habis koyak-robak.

    Orang ramai menjadi riuh rendah melihat Pak Kadok bertelanjang bogel di tengah gelanggang dan kerana berasa amat malu dia terus lari pulang.

“Malang Pak Kadok, ayam menang, kampung tergadai!” baginda titah.

Sunday, January 19, 2020

LATIHAN EJAAN TINGKATAN 4 TBC

LATIHAN EJAAN  "HIGHLIGHTKAN" EJAAN YANG BETUL

Resepi
Resipi
Meyakinkan
mengyakinkan
Janji temu
Temu janji
Redha
reda
Penguat kuasa
Penguatkuasa
Pra sekolah
prasekolah
Menge-melkan
Meng-e-melkan
Mengebelakangkan
mengkebelakangkan
Pasukan beregu
Pasukan bergu
Alergik
alergi
Dasyat
dahsyat
Kadang kala
kadangkala
margasatwa
mergastua
Rempah ratus
Rempah-ratus
Mengulangkaji
Mengulang kaji
Marjerin
majerin
kueytiaw
kuetiau
Ambulans
Ambulan
Insurans
insuran
Hajah Aminah
Hajjah Aminah
Alat siar raya
Alat siaraya
Sambilewa
sambalewa
Agen rumah
Ejen rumah
Senaskah
senaskhah
Istirehat
istirahat
Mengetengahkan
mengenengahkan
Mengenalpasti
Mengenal pasti
Stoking
Setoking
Limau kasturi
Limau kesturi
Ungu
unggu
Mengedepankan
mengkedepankan
Bersatupadu
Bersatu padu
Antibiotik
Anti-biotik
Sihat walafiat
Sihat wal afiat
Walaubagaimanapun
Walau bagaimanapun
Mengsyorkan
mengesyorkan
Meresmikan
merasmikan
Gambarajah
Gambar rajah
Rambut keriting
Rambut kerinting
Ditanggohkan
ditangguhkan
Juwita
Juita
Berjimat-cermat
Berjimat cermat
Leukemia
leukimia
Kontingen
kontinjen
Mee goreng
Mi goreng
Secara ansuran
Secara ansurans

Friday, January 17, 2020

latihan www sibermerdeka


www sibermerdeka
1.       Berikan maksud rangkai kata berikut :
a.       Aku tanam saujana rancangan……………………………………………………………………………………………..
b.      Memerdekakan warga susahku ……………………………………………………………………………………………
c.       aku bahas isu onak dan enak…………………………………………………………………………………………………
d.      mengelak hidup dikotak-katikkan.
e.      ombak gelora menampar pantai aman
f.        terpedaya jua oleh permainan si kanci
g.       yang tak diduga klimaksnya.
h.      peristiwa datang peristiwa pergi
i.         hamparkan dirimu di persada Tuhan
j.        waktu itu aku kenal batas diri
i. Berikan maksud rangkap pertama sajak di atas. [2 markah]
ii. Perancangan masa yang berkesan sangat penting kepada setiap orang kerana masa itu emas. Pada pendapat anda, apakah faedah perancangan masa yang berkesan? [3 markah]
iii. Jelaskan tema sajak tersebut. [4 markah]
iv. Berdasarkan rangkap ketujuh, apakah yang terjadi ‘apabila sibermerdeka sampai ke rumah cabaranku’? [2 markah]
v. Pada pandangan anda, bagaimanakah cara untuk membantu golongan kurang berada keluar daripada belenggu kemiskinan? [3 markah]
vi. Jelaskan dua persoalan yang terdapat dalam sajak tersebut. [4 markah]