Wednesday, July 11, 2018

KESALAHAN TATABAHASA

1.       “Terima kasih atas kesudian pihak sekolah mengundang kami untuk menyampaikan ceramah ini kepada murid-murid sekolah ini,” kata Datuk Ahmad.

2.       “ Kita ingin mengetahui tarikh dan tempat pengagihan bantuan kemanusiaan ini,” kata beberapa orang wartawan kepada pegawai itu.

3.       “ Sebagai anak, dia harus menghormati dan mendengar nasihat daripada ibu dan ayah,” kata Halim kepada Murad.

4.       Ketua Polis Daerah ini ialah yang berusaha Encik Osman bin Bahari dan beliau mula bertugas pada tahun 2010.

5.       Mengapakah tujuan penduduk kampung berkumpul di padang pada pagi itu?

6.       Siapa yang berminat menyertai pertandingan drama Komsas diminta menghadiri sesi uji bakat esok.

7.       “ Kamu perlu cari jalan terbaik  untuk mengatasi masalah ini,” kata ayah kepada abang.

8.       Puan Lim membawa ibunya bersiar-siar di taman untuk tenangkan hati ibunya itu.

9.       Pergerakan ahli perniagaan yang disyaki terlibat dalam pengedaran dadah itu diekori oleh pihak polis daripada masa ke masa.

10.   Program itu diadakan demi untuk memupuk amalan mebaca dalam kalangan murid.

11.   Para peserta kem itu tiba ke tapak perkhemahan tepat pukul 10.00 pagi.

12.   Dalam suasana yang kelam itu, kami tidak dapat mendengar nama yang dipanggil ke pentas.

13.   Ketiga orang budak yang hilang itu akhirnya ditemukan di sebuah rumah kosong di taman ini.

14.   Ada setengah peniaga yang mengambil kesempatan menaikkan harga barangan terkawal pada musim perayaan.

15.   Setiap petang, pemain-pemain badminton sekolah akan berlatih selama dua suku jam.

16.   Encik Jalil dan keluarganya tinggal di rumah pusaka itu sejak berpuluh tahun yang lalu.

17.   Murid yang ingin menyertai rombongan itu perlu mendapat pengesahan dari ibu bapa masing-masing.

18.   Romi menemui sejambak kunci yang sudah berkarat di tepi pagar rumahnya.

19.   Ketua pengawas mencuba untuk meleraikan pergaduhan di antara kedua-dua orang murid itu.


20.   Cantik sungguh tikar mengkuang yang ditenun oleh Nenek Piah.

21.   “Kita tidak dapat mengikuti lawatan ke Pusat Sains Negara,” kata Amir.

22.   “Patik berasa gembira kerana Hang Tuan berjaya mengalahkan musuh,” titah Raja Ali.

23.   “Perlawanan suku akhir ini amat penting untuk kami,” kata jurulatih bola jaring itu kepada pemain.

24.   Dua orang pelajar itu didenda oleh guru disiplin kerana kami merokok.

25.   Puan Kamilah memegang erat-erat anaknya semasa melintas jalan.

26.   Azlin terpaksa tidur berbantalkan dengan tangannya kerana tiada bantal.

27.   Barang-barang di dalam bilik itu saya sudah kemas pagi tadi.

28.   Jambangan bunga ini telah ayah hadiahkan kepada ibu.

29.   Abang agak comel apabila mengenakan baju Melayu serta samping.

30.   Oleh sebab ayah bertugas pada hari raya pertama dan kedua,  kami akan pulang ke kampung pada hari raya ke-empat.