Sunday, February 26, 2012

FRAS MENARIK

Frasa Menarik Untuk Karangan

Frasa-frasa menarik yang boleh digunakan dalam penulisan karangan pelajar:
1Memanifestasikan fikiran - Menggunakan idea dengan sebaik-baiknya
2Menukilkan kata-kata - Menulis / bercakap sesuatu
3Memberikan impak - Mengakibatkan / menyebabkan
4Rentetan senario itu - Selepas fenomena itu
5Jika ditelusuri - Jika dikaji secara mendalam
6Penyalur ilmu - Pemberi banyak pengetahuan
7Alaf baharu - Masa terkini
8Mutakhir ini - Pada masa kini
9Seantero dunia - Seluruh dunia
10Menikam sanubari - Merosakkan perasaan
11Meluaskan horizon pemikiran - Meluaskan pandangan / pemikiran
12Menggabungjalinkan elemen - Menggunakan pelbagai aspek
13Merangsang ekonomi - Mengaktifkan proses jual beli
14Lebih intelektual dan berketerampilan - Lebih bijak dan berkebolehan
15Bitara - Tiada tandingan / eksklusif / hanya satu-satunya
16Simbiosis - Dua benda yang saling berkaitan
17Masih bermain dengan fantasi - Berkhayal / bermenung / tidak berfikiran matang
18Mendabik dada - Kesombongan akibat kejayaan / keangkuhan
19Mengkodifikasikan undang-undang - Menyelaras undang-undang / peraturan
20Kestabilan spiritual dan fizikal - Keseimbangan rohani dan jasmani
21Mekanisme kawalan - Alat / aspek yang mengawal sesuatu
22Pandangan sarwa - Pemikiran biasa / umum
23Anjakan paradigma - Perubahan demi kemajuan atau kebaikan
24Relevan dengan kehendak zaman - Diterima dengan perubahan dari semasa ke semasa
25Landasan berfikir - Cara berfikir
26Masyarakat konvensional - Masyarakat umum / biasa
27Mengaibkan diri - Memalukan diri
28Alma mater - Sekolah / universiti / tempat pelajar
29Kemapanan fikiran - Keteguhan cara berfikir
30Alpukah - Daya usaha / inisiatif
31Bacul - Tidak bersemangat
32Badai kehidupan - Cabaran hidup
33Inteligensia - Kumpulan manusia yang pandai
34Berkongkalikung - Bersepakat
35Bukti yang konklusif - Bukti yang kukuh
36Praja - Kota / negeri
37Prakarsa - Inisiatif / daya usaha
38pramusaji - Pelayan tetamu di restoran
39Rutin harian - Kerja yang biasa dilakukan dan sehari-hari
40Nawaitu diri - Keinginan diri
41Narsisistik - Terlalu memuji diri sendiri
42privasi - Keadaan atau suasana bersendiri tanpa sebarang gangguan
43Portfolio menteri - Tugas menteri
44Pentas siasah - Dunia politik
45Polemik - Bahas / debat / konflik
46Melikwidasikan - Membubarkan / memansuhkan
47Linglung - Hilang ingatan
48Falah - Kejayaan / kemenangan
49interpretasi - Tafsiran / penjelasan
50.bersilengah - Bersikap tidak tahu
------------------------------------------------------------------------------------------------
1. bermaharajarela - berleluasa
2. konflik jiwa - pergolakan jiwa
3. menopang dagu- termenung
4. tonggak - asas/dasar
5. aset - sesuatu yang bernilai
6. menuding jari - menyalahkan orang lain
7. seantero - seluruh
8. malapetaka- bencana/ bala
9. keserakahan - kerakusan, ketamakan
10. konkrit- kuat, kukuh, mapan
11. merealisasikan - menjadikan kenyataan
12. vandalisme - merosakkan harta benda
13. lumrah - kebiasaan
14. duniawi - hal-hal dunia
15. ketandusan - tidak ada
16. disisihkan - dipinggirkan
17. kritikal - serius
18. sanubari - jiwa
19. akar umbi - punca
20. meranapkan - menghancurkan
21. kesedaran sivik - kesedaran tentang tanggungjawab
22. perdana - utama, primer
23. materialistik - kebendaan
24. membendung - mengawal
25. realiti - hakikat
26. berjat - kawan
27. pancaroba - keadaan yang kacau
28. mengheret - membawa kepada
29. sayugia - harus, patut
30. merunsingkan- merisaukan
31. kepupusan - kehilangan
32. khazanah - harta benda
33. global - dunia seluruhnya
34. pusaka - sesuatu yang diwarisi turun-temurun
35. warisan - harta pusaka
36. prihatin - peka, cakna
37. demonstrasi - menunjukkan
38. gemuruh- hebat
39. serampang dua mata - melakukan dua kerja serentak
40. terjebak - terlibat
41. arkib - tempat menyimpan benda khazanah
42. mencungkil- mencari
43. iltizam - harapan tinggi
44. silaturahim - persaudaraan
45. motivasi - semangat tinggi
46. menyarankan - mencadangkan
47. era - zaman
48. sistematik- teratur, mengikut peraturan
49. intensif- giat, bersungguh-sungguh
50. menberangsangkan- membanggakan
51. menimba- mendapat
52. rentetan - ekoran
53. tersadai - tidak bergerak
54. peras ugut- ancaman, paksaan
55. dif - tetamu
56. sahsiah- keperibadian
57. komitmen- kesungguhan
58. perspektif - tanggapan
59. julung-julung kali - pertama
60. nadi - penggerak
61. mengikis - membuang
62. kegawatan - kejatuhan
63. tampil - keluar
64. syabas - tahniah
65. kewibawaan- keupayaan
66. muafakat - kerjasama
67. terpikul- tertanggung
68. teladan - contoh
69. mengubah- menukar
70. dinafikan - disangka
71. menyeru- meminta
72. ditakrifkan- didefinisikan, dimaksudkan
73. mutakhir- terkini
74. fasilitator - pemudah cara
75. fleksibel - mudah diubah suai
76. kebejatan - kejatuhan
77. persada -gelanggang, arena
78. boikot- dipulaukan
79. manfaat - faedah
80. total- menyeluruh
81. senggang - santai, tidak sibuk
82. bergelandang- berperleseran
83. maslahat- faedah
84. norma - adat
85. tersohor- terkenal
86. kutsi - suci
87. diuar-uarkan- dicanangkan
88. dana - modal
89. menerajui - memimpin, mengetuai
90. imej - penampilan
91. emansipasi - hak kebebasan
92. merencatkan - menggagalkan
93. dimonopoli - dikuasai
94. kolot- kuno
95. profesion - kerjaya
96. informasi - penerangan
97. integrasi - perpaduan
98. aspirasi - cita-cita, keinginan
99. memudaratkan - memburukkan
100. dinamis - berdaya saing
101. progresif- sihat dan cemerlang
102. drastik - cepat
103. perisai - pertahanan
104. diagnosis - mengenal pasti
105. pemantauan - pengawasan, pemeriksaan
106. manifesto - pendirian
107. waswas - tidak yakin
108. natijahnya - kesannya
109. mencerminkan- melambangkan
110. jenama - jenis barang
111. pornografi - bahan-bahan lucah
112. diiktiraf -diakui
113. obligasi - semangat
114. impak - kesan
115. tuntasnya- keseluruhannya
116. akur - bersetuju
117. efektif - berkesan
118. konvensional- ceramah
119. panji - bendera
120. individualistik - mementingkan diri sendiri
121. manipulasi- tindakan
122. musibah - bencana
123. lewa - tidak sepenuh hati
124. prosedur - peraturan
125. inisiatif - daya usaha
126. anasir- gejala
127. penggemblengan - penyatuan
128. transisi - perantaraan
129. kaliber - berkeupayaan
130. darsawarsa - satu dekad
131. insentif - imbuhan, ganjaran

SINOPSIS KEMBARA AMIRA

Sinopsis KEMBARA AMIRA -setiap bab-

Bab 1:
· Amira dan rakan baiknya Jacinta bakal menghabiskan musim cuti sekolah bersama-sama ibunya, Profesor Zaidah di tengah-tengah Banjaran Titiwangsa bersama-sama pelajar tahun akhir Universiti yang sedang menjalankan kajian arkeologi. Dalam kesibukan ibunya Amira turut memikirkan akan ayahnya yang bertugas sebagai seorang jurutera computer sebuah syarikat multinasional negara dan sedang berada di Eropah kerana menjalankan tugas. Sesekali Amira yang sedang berada dalam koc kelas satu keretapi itu dikejutkan dengan bunyi keliut kereta api yang berbunyi kerana dihentak. Kemudian dia teringat akan ushanya ketika berada di asrama untuk memancing minat rakan sebiliknya, Jacinta untuk menyertainya bersama-sama menghabiskan musim cuti sekolah.Jacinta merupakan gadis berketurunan Cina yang menetap di Pulau Pinang, bapanya seorang jutawan dan seringkali sibuk dengan pekerjaan, oleh sebab itu dia kurang mendapat kasih sayang berikutan kematian ibunya, Amira bertindak menunjukkan batu Kuarza miliknya demi mengajak rakan bainya itu untuk turut serta, Lamunan Amira terhenti apabila melihat seorang lelaki kulit putih bersama seorang pemuda. Dalam pada itu,situasi berbeza dialami oleh Profesor Zaidah dan para pelajarnya, hujan yang turun menyebabkan ada beberapa khemah yang terputus talinya. Kemudiannya mereka di situ menyedari bahawa ada antara tali khemah itu dipotong oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Bab 2:
· Sesampainya Amira dan Jacinta mereka dijemput oleh Pak Lias yang datang agak lewat kerana kecemasan yang berlaku pada malam semalam, dalam perjalanan menuju ke tapak kem Pak Lias memperlahankan kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mereka untuk member laluan kepada kenderaan di belakang mereka. Amira terpandang anak muda yang dilihatnya dalam keretapi pada malam tadi sebaik saja kenderaan tersebut melintasi mereka. Dalam pada itu, Roslan memaklumkan kepada John O’Hara bahawa kereta yang mereka lintasi tadi adalah orang Universiti yang melakukan aktiviti arkeologi dan tidak akan menganggu mereka.
Bab 3:
· Soalan tiket yang diajukan Amira kepada Jacinta membuatkannya berasa curiga, Amira kemudiannya memaklumkan bahawa dia terbaca SMS Jacinta kerana telefon bimbit mereka yang sama. Jacinta rupanya tidak pulang setiap kali cuti sekolah, dia merajuk dan tidak dapat menrima perubahan dalam keluarganya. Kedatangan Profesor Zaidah akhirnya Berjaya menenangkan Jacinta yang sedang mengalami kekusutan dalam jiwa itu. Profesor Zaidah kemudiannya memberikan tapak sepuluh kepada mereka untuk melakukan kajian….
Bab 4:
· Setelah selesai mandi di air terjun Amira dikejutkan dengan kedatangan Malique yang datang menghulurkan salam perkenalan. Malique memaklumkan bahawa dia ke hutan tersebut kerana atas permintaan ibunya untuk mengikut leleaki kulit putih tersebut. Sebellum berpisah Malique sempat memberitahu bahawa dia merasakan ada hubungan dengan hutan tersebut. Semasa sarapan pagi Jacinta sempat bergurau dengan Dr. Zawawi yang menjadi kegilaannya selain daripada batu Kuarza, suasana kemudiannya berubah apabila ada pelajar yang terbau asap rokok serta bunyi tapak kaki di sekeliling khemah mereka setiap malam.
Bab 5:
· Kedatangan Malique yang tidak kunjung tiba akhirnya disambut dengan sapaan Jacinta kepada Amira yang sedang bertenggek di atas batu sungai yang deras alirannya. Akibat tidak dapat mengimbangi badan semasa melangkah batu-batu sungai yang licin, Amira akhirnya dihanyutkan arus deras, Jacinta tidak dapat berbuat apa-apa selain daripada menjerit nama Amira dan meminta tolong. Setelah sedar dua susuk tubuh jelas terpacak di hadapannya. Akhirnya mereka memperkenalkan diri mereka iaitu Itai dan Tau yang menyelamatkan Amira. Tau dan Itai kemudiannya menghantar Amira pulang setelah memberinya makanan


Bab 6
· Kemarahan Profesor Zaidah ternyata apabila tindakan Amira turut menyebabkan Jacinta menjadi mangsa, namun begitu Jacinta yang sengaja mencari nahas kerana sengaja berpatah balik setelah meninggalkan kawasan air terjun tersebut.Habis calar-balar tubuh Jacinta yang terbaring lemah dan lesu. Jacinta hilang dalam ushah untuk mencari Amira bersendirian namun operasi menyelamat dibantu dengan kepakaran Tau.Keesokannya Amira berjumpa ibunya untuk meminta maaf atas kejadian yang disebabkan oleh tindakan bodohnya menanti Malique dengan tujuan yang tidak jelas akhirnya Malique yang ditunggu-tunggu tidak kunjung melainkan dia sendiri yang hampir-hampir menjadi korban akibat tindakan sendiri. Profesor Zaidah menceritakan kepada Amira bahawa mereka mungkin mendapat tentangan daripada dua pihak iaitu Pelombong emas dan Suku orang asli.

Bab 7:
· Dua hari Malique mengikuti John O’Hara untuk perjumpaannya bersama-sama pelabur-pelabur kawasan lombong emas mereka. Malique jelas membantaj keputusan John O’ Hara untuk membina lombong emas di kawasan tersebut. Dalam pada itu, kenderaan yang dipandu Pak Lias yang juga dinaiki oleh Profesor Zaidah terlibat dalam kemlangan setelah bahagian brek kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mereka solah-olah dirosakkan dan tidak dapat dikawal ketika menuruni bukit, tanpa banyak pilihan Pak Lias segera menghimpit tebing tepi demi mengelakkan mereka daripada jatuh ke dalam gaung.

Bab 8
· Tau yang jelas membantah tindakan pasukan Profesor Zaidah melakukan kajian kerana tempat tersebut dianggap suci baginya menyuarakan rasa tidak puas hatinya kepada abangnya Ludin yang juga ketua kampong di kawasan tersebut, Tau juga teringat akan bekas isterinya Ipah yang lari keluar dari hutan meninggalkannya. Pada masa yang sama Jacinta akhirnya tersedar dan segera bangun dari segala rasa lemah dan lesu. Pada ketika itu Amira memperkenalkan Itai yang telah menyelamatkan nyawanya kepada Jacinta. Namun begitu kegembiraan mereka hanya seketika kerana mereka dikejutkan dengan berita kemalangan Profesor Zaidah.

Bab 9:
· Profesor Zaidah dan Pak Lias terselamat daripada kemalangan. Akhirnya tindakan bijak Pak Lias menyelamatkan mereka setelah kereta mereka terhenti di dasar sungai. Selepas melihat keadaan Pak Lias yang hanya luka-luka kecil. Namun begitu perasan bimbang jelas terpancar daripada setiap penghuni Desa Karpus setelah beberapa kejadian tidak diingini berlaku. Tindakan Dr. Zawawi untuk menangguhkan kajian mendapat tentangan daripada Profesor Zaidah. Akhirnya kesungguhan anak-anak buah Profesor Zaidah membuatkan kerja semakin lancer. Mereka kemudiannya menerima kunjungan daripada Itai dan ayahnya Ludin, Setelah memeriksa tangan Profesor Zaidah Ludin dan anaknya Itai segera meninggalkan khemah dan pulang dengan membawa daun-daun daripada hutan.

Bab 10:
· Hati O’Hara menjadi panas apabila mengetahui beberapa pekerja baharu mabuk dan bergaduh semasa berjudi di kala ketiadaannya. Hati orang kulit putih tersebut bertambah marah apabila mengetahui Ah Chin yang ditugaskan menjaga pekerja juga tidak pulang setelah keluar berburu. Pada ketika itu, di Desa Karpus Amira menjadi kagum apabila rawatan Ludin kepada ibunya membuatkan tangan Profesor Zaidah yang dipercayai retak pulih dengan cepat. Jacinta dan Amira menyedari rupa-rupanya Itai merupakan peserta Pameran Saintis Muda 2002 yang mewakili negeri tersebut.

Bab 11:
· Tau duduk sendirian sambil mengenangkan harta miliknya yang semakin hilang, selepas maruahnya diragut kerana terpaksa menerima Ipah sebagai isteri demi menyelamatkan Ludin. Namun kebahagiaan Tau hanya seketika kerana Ipah bertindak lari keluar dari hutan tersebut dan membawa anak pertamanya Sabi dan meninggalkan anak yang baru dilahirkannya. Ingatan Tau terhadap Johnny terus menerpa apabila dia teringatkan O’Hara yang berada di kem carigali. Tau kemudiannya teringatkan akan tindakannya membenarkan isterinya bekerja di kem orang putih tersebut satu ketika dahulu ternyata membawa bencana. Suatu petang, Tau bagai diragut maruahnya apabila isterinya, Ipah serta tulang-tulang di kubur Ridley dan Brenda dibawa pulang ke Australia.

Bab 12:
· Rawatan yang diterima Profesor Zaidah daripada Ludin ternyata berkesan dan menimbulkan rasa kagum kepada beliau di kala semua pelajar kembali bekerja dengan penuh semangat, Dr. Zawawi yang pada mulanya tidak bersetuju akhirnya turut berasa kagum!!. Profesor Zaidah kemudiannya memberitahu Ludin yang juga penghulu orang asli bahawa kajian yang dijalankan oleh mereka boleh menyelamatkan kampong orang asli tersebut. Tindakan Amira untuk memberikan Jacinta batu Kuarza akhirnya membuatkan Itai bertindak mengajak Amira untuk mencari emas.Kedatangan Malique ternyata menimbulkan tanda Tanya kepada Profesor Zaidah.

Bab 13:
· Itai membawa Amira mencari emas di dalam hutan. Penemuan emas di dasar sungai oleh Amira ternyata membuatkannya terkejut dan sukar mempercayai kata-kata Itai. Namun kegembiraan mereka hanya seketika kerana kehadiran seekor makhluk berbulu yang membawa seorang lelaki.Sebelum sempat berbuat apa-apa Itai dan Amira terus berlari menyelamatkan diri daripada maut. Dalam usaha menyelamatkan diri mereka turut dikejar oleh makhluk berbulu yang menjadi misteri dan dipercayai penunggu kawasan tersebut.

Bab 14:
· Malique dikejutkan dengan kekecohan yang berlaku di kem mereka. Seorang pekerja baharu hilang selama dua hari tanpa diketahui oleh rakan-rakannya. Tindakan Malique mengikut Roslan tanpa pengetahuan John O’Hara ternyata membawa padah hujan turun dalam perjalanan mereka mencari pekerja tersebut. Enjin yang tiba-tiba meragam membuatkan kenderaan mereka terhenti, oleh kerana mereka yang berada di belakang jadi kelibat mereka tidak dapat dilihat oleh kenderaan yang berada di hadapan. Roslan meminta Malique tunggu di dalam kenderaan dan dia keluar mendapatkan bantuan dalam hujan. Tanah merah dan lumpur yang turun kerana hujan menolak kenderaan yang dinaiki Malique it terus ke dalam gaung.

Bab 15:
· Itai dan Amira hampir sampai ke desa dan mereka kemudiannya disergah Tau yang terjun dari sebatang pokok. Itai dan Amira memberitahu Tau bahawa mereka telah dikejar makhluk berbulu namun Tau bagai sudah tahu akan perkara itu kerana dia sedikit pun tidak terkejut. Dua hari kemudian, Amira mengajak Jacinta untuk ke perkampungan Itai setelah diberitahu oleh Ludin bahawa Itai bagai hilang semangat setelah kejadian tersebut. Akhirnya tindakan Amira dan Itai mengambil emas di kawasan hutan tersebut diketahui oleh Ludin dan Tau. Mereka kemudiannya mengadakan perbincangan adat yang berkenaan Itai yang bakal dilantik sebagai pengganti penghulu kampong tersebut satu hari nanti.

Bab 16:
· Suasana pagi yang ceria, membantu kerja-kerja arkeologi di Desa Karpus penemuan-penemuan baru sangatlah memberangsangkan apabila Amira dan Jacinta menjumpai sebuah tembikar zaman dahulu yang sempurna sifatnya, ucapan tahniah dan pujian tidak henti-henti diberikan kepada Amira dan Jacinta. Kedatangan Tau buat kali pertama ke desa Karpus bersama-sama Itai menimbulkan rasa gembira kepada semua warga Desa Karpus. Tau memaklumkan bahawa mereka tidak perlu risau kerana dia menjaga kawasan desa itu pada setiap malam sekaligus menangkis segala tanggapan paranormal pelajar-pelajar di situ.Namun begitu mereka dikejutkan dengan berita kehilangan Malique.

Bab 17:
· Malique tersedar daripada tidurnya dan dia mendapati dirinya berada dalam tempat yang gelap serta berbau tengik sementara tangan kirinya terasa sakit menyengat dan kaki kirinya patah. Dia teringatkan ibunya yang berada di Melaka, yang pada satu ketika dulu dia pernah bertanya kepada ibunya, mengapa ibunya seorang yang cantik dan bapanya seorang kulit putih manakala dia berkulit hitam dan berambut kasar. Setiap kali melelapkan mata dia sering dihantui dengan mimpi yang sama.

Bab 18:
· Amira, Jacinta serta Itai mengikut Dr. Zawawi, Rusdi dan Tau ke Gunung Gua Gajah untuk melakukan penemuan arkeologi terhadap hutan tersebut. Mereka kemudiannya menjumpai lukisan-lukisan dinding di dalam gua tersebut yang belum pernah terusik. Manakala, Rusdi menjumpai sebilah kapak batu yang digunakan pada zaman Neolitik. Namun begitu, penemuan mobile disk oleh Amira terus menimbulkan tanda Tanya tanpa memberitahu sesiapa mengenai penemuan tersebut.

Bab 19:
· Penemuan kapak batu serta lukisan dinding menggemparkan seluruh Desa Karpus, namun begitu, Amira, Jacinta serta Itai Berjaya memcahkan kod keselamatan pada mobile disk tersebut dan membuktikan ianya milik Malique. Malam tersebut Itai memberitahu Rusdi bahawa mereka akan keluar pada keeseokan harinya.

Bab 20:
· Keputusan Jennifer untuk ke hutan tersebut ternyata menimbulkan kegelisahan kepada O’Hara, Jennifer terdesak datang ke hutan itu kerana risau akan anaknya dan sekaligus mengembalikan memori lamanya terhadap hutan tersebut. Mimpi yang dihantui Tau menyebabkannya terus mendapatkan Malique yang terdampar di dalam gua sambil mengenakan bulu beruang untuk menutup badannya.

Bab 21:
· Amira, Jacinta serta Itai meneruskan perjalanan dalam usaha untuk mencari Malique di Gunung Gua Gajah sambil dibantu Pak Lias dan Roslan. Penemuan disk oleh Amira boleh dianggap berguna sebagai petunjuk kepada mereka. Namun begitu, Roslan datang ke kaki gunung tersebut dengan memandu pacuan empat roda sambil membawa Jennifer dan John O’ Hara bersama. Makhluk berbulu keluar daripada persembunyiannya setelah dikejutkan dengan deruman enjin kenderaan dan kelibat seorang wanita yang bersama-sama lelaki berbaju putih itu seolah-olah menghilangkan semangatnya. Namun begitu Jennifer terkenangkan zaman kanak-kanaknya dahulu dia selalu dipinggirkan kerana dianggap ahli sihir disebabkan rambutnya yang kemerah-merahan.

Bab 22:
· Kapal terbang yang dipandu Ridley bersama-sama isterinya Brenda serta anak kecilnya Samantha dalam perjalanan pulang ke Australia sete;ah melakukan kajian mengenai reptilian di Pulau Langkawi. Malangnya, kapal terbang Cessna 310 model tahun1953 yang dikendalikan Ridley itu terhempas sambil menghentam pokok setelah kedua-dua enjinnya rosak. Jidin bersama dua anaknya Tau dan Ludin terkejut mendengar letupan kuat tersebut dan bergegas ke kawasan kejadian. Jidin kemudiannya membawa Samantha yang tidak cedera pulang ke kampong setelah kedua-dua orang tuanya hangus dijilat api.

Bab 23:
· Pencarian Amira hampir menemui jalan buntu apabila tiada apa yang dapat dikesan.Tetapi masih ada harapan buat mereka apabila Amira menemui kesan tapak kaki manusia. Mereka kemudiannya menemui laluan kecil yang kemudiannya menunjukkan jalan ke puncak gunung tersebut kepada mereka. Itai memanjat ke atas dan menghulurkan tali kepada Amira, Pak Lias dan Roslan yang berada di bawah. Tiba-tiba Itai terdengar suara seolah-olah sedang mengerang kesakitan di atas puncak gunung tersebut.

Bab 24:
· Kehilangan Amira akhirnya disedari oleh Profesor Zaidah, jawapan daripada Rusdi membuatkan Profesor Zaidah dan anak-anak buahnya segera menuju ke Gua Gunung Gajah. Dalam pada itu, Amira dan rakan-rakannya Berjaya menjumpai sebuah pondok di puncak gunung tersebut dan segera memeriksa. Akhirnya mereka Berjaya menemukan Malique yang lesu dan tidak bermaya. Mereka kemudiannya disergah makhluk berbulu ketika dalam usaha membawa Malique keluar. Dalam perjalanan ke Gunung Gua Gajah kumpulan Profesor Zaidah bertembung dengan Ludin yang kemudiannya membawa mereka ke sana.

Bab 25:
· Niat Amira dan Itai untuk menyelamatkan Malique dihalang oleh makhluk berbulu tebal itu. Makhluk itu tidak membenarkan mereka membawa Malique keluar dari situ. Pak Lias akhirnya membantu dengan berhadapan dengan makhluk tersebut. Beberapa kali serangan makhluk tersebut dipatahkan oleh Pak Lias yang ternyata lincah dan tangkas. Dalam pada itu, kedatangan Profesor Zaidah, Ludin serta pasukan mereka mebuatkan Jennifer menegur Ludin yang kemudiannya menimbulkan rasa keliru kepada semua yang berada di situ Jennifer mendakwa dia sedang menunggu anaknya yang merupakan anak saudara Ludin, Malique ataupun Sabi diselamatkan. Tindakan nekad Pak Lias untuk menamatkan riwayat makhluk tersebut duhalang oleh Ludin yang segera menyelamatkan keadaan. Persoalan akhirnya terjawab apabila bulu yang dipakai itu dibuang dan Tau mula mendedahkan identitinya demi mengelakkan mereka daripada membawa Sabi keluar.

Bab 26:
· Sejarah tragis serta konlik keluarga Tau akhirnya terungkai di Desa Karpus apabila ketiga-tiga pihak yang dianggotai oleh pencari emas, ahli arkeologi dan orang asli berkumpul dalam khemah bersama-sama. Sejarah keluarga Tau akhirnya berkahir apabila memberitahu bahawa Itai dan Malique merupakan anak lelakinya selama ini, manakala Itai terpaksa dijaga oleh abangnya setelah maruahnya diragut Jennifer yang merupakan isterinya bertindak melarikan diri dengan membawa Malique bersama-sama, Johnny yang merupakan abang kepada John O’ Hara yang bertindak demikian turut melarikan tulang-tulang milik Ridley serta Brenda untuk dikuburkan di Australia.

Bab 27:
· Amira yang telah menamatkan satu semester di Universiti menerima e-mel daripada rakan-rakannya, Itai sedang berada di Kubang Kerian sedang menyambung pengajiannya dalam bidang perubatan. Malique pula sedang bertugas sebagai ketua kampong tempat kelahirannya dan sibuk dalam projek IT, dan dia Berjaya menggagalkan projek lombong emas di kawasan tersebut. Jacinta pula sedang berada di Paris kerana terlibat dengan perniagaan bapanya dalam bidang fesyen. Profesor Zaidah pula meminta anaknya untuk pulang ke rumah neneknya di Kulim kerana bapanya bakal pulang bercuti juga. Dr. Zawawi pula sedang berada di perairan Malaysia untuk mengesan khazanah Melayu

Monday, February 20, 2012

KARANGAN CONTOH

KESAN PEMANASAN GLOBAL

Pemanasan global telah menyebabkan bumi mengalami “demam panas” yang turut menjadi penyebab utama iklim dunia menjadi semakin kucar-kacir. Bagi kebanyakan orang, perubahan iklim dan pemanasan global lebih banyak mengganggu sistem ekonomi berbanding dengan kesihatan diri. Walau bagaimanapun, kesan pemanasan global jauh lebih mendalam dan akan meninggalkan kesan kepada semua penduduk dunia. Mungkin juga ada antara kita yang melihat mereka yang terbunuh akibat bencana alam seperti taufan, banjir dan cuaca panas sebagai nasib malang semata-mata.

Namun, bagi yang terselamat, mereka sebenarnya terdedah kepada ancaman kesihatan selepas terselamat daripada lemas, mati kesejukan atau dehidrasi. Percaya atau tidak, peningkatan suhu bumi telah membunuh lebih satu juta orang di seluruh dunia sejak tahun 2000 sama ada secara langsung ataupun tidak. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang mengeluarkan perangkaan tersebut menjelaskan separuh daripada jumlah kematian itu berlaku di Asia Pasifik, benua yang paling padat penduduk. Selain itu, jumlah berkenaan belum ditambah dengan ribuan mangsa yang terbunuh akibat pencemaran udara setiap tahun ibarat sudah jatuh ditimpa tangga.

Pemanasan global yang berpunca daripada pencemaran udara akan menyumbang kepada peningkatan jumlah gas karbon iaitu gas rumah hijau di ruang atmosfera bumi. Haba matahari yang pada kebiasaannya dapat dipantulkan ke permukaan bumi kembali ke angkasa lepas kemudiannya terperangkap dan menyebabkan suhu bumi semakin meningkat. Akibatnya, ais di kutub-kutub mula mencair dan meningkatkan paras air laut sehingga menenggelamkan sesetengah pulau kecil dan menghakis permukaan tanah besar.

Selain itu, suhu tinggi turut meninggalkan kesan pada aliran angin yang akan membawa kepada pembentukan lebih banyak ribut taufan serta hujan monsun yang lebih teruk daripada biasa. Contoh terbaik dapat dilihat berdasarkan kepada gelombang haba di Eropah yang menyebabkan angka kematian meningkat sejak tahun 2000. Gelombang “kepanasan” ini telah menyebabkan suhu ketika musim panas dan musim sejuk kini jauh lebih tinggi. Malah, ada negara seperti Amerika Syarikat telah dilanda ribut salji dan ribut taufan yang teruk seperti Taufan Katrina pada tahun 2005.

Kesan masalah ini akan terus berpanjangan dan akan semakin serius jika terus diabaikan atau gagal dikawal. Akibatnya, generasi seterusnya yang akan menanggung kesan penuh kerakusan generasi kini dalam mencemarkan alam sekitar semata-mata untuk kekayaan dan kemajuan ekonomi kerana sifat tamak haloba. Sebarang bentuk perubahan melampau pasti akan memberi kesan paling buruk kepada bayi, kanak-kanak, dan warga emas yang merupakan golongan paling mudah terdedah menjadi mangsa pertama bencana alam.

Rakyat Malaysia mungkin dapat menyesuaikan diri dengan suhu yang tinggi dan panas terik memandangkan sudah biasa dengan iklim tropika bak kata pepatah, “alah bisa tegal biasa”. Walau bagaimanapun, penduduk yang biasa hidup dengan iklim sejuk mungkin tidak dapat menyesuaikan diri dan kini mencatatkan peningkatan kematian akibat strok haba. Strok haba akan menyebabkan kegagalan semua organ badan berfungsi, sama seperti yang berlaku kepada pesakit demam panas. Begitu juga dengan penyakit radang paru-paru yang berpunca daripada penyebaran meluas bakteria yang menyerang paru-paru berikutan cuaca panas dan lembap serta beberapa faktor lain.

Kesukaran untuk mendapatkan bekalan air bersih akan mendedahkan orang ramai kepada air yang dicemari pelbagai jenis kuman. Kesihatan diri sudah pasti akan terancam jika air tercemar digunakan sebagai air minuman, memasak, membasuh atau membersihkan diri. Bilangan kes cirit-birit , taun dan pelbagai penyakit bawaan air dilihat meningkat dengan mendadak ketika musim banjir. Situasi ini diburukkan lagi dengan peningkatan penyakit bawaan nyamuk akibat pembiakan nyamuk di dalam tompokan air bertakung yang ditinggalkan arus banjir. Takungan air ini menjadi tempat strategik untuk kuman yang pantas membiak kerana mendapat bekalan makanan yang cukup dari tumbuhan dan bangkai haiwan yang mereput.

Masalah ini juga memberi kesan yang buruk kepada mereka yang gemar bersenam dan beriadah di luar. Hal ini demikian kerana gas rumah hijau seperti karbon monoksida kini semakin banyak dalam udara terutamanya di kawasan bandar dan kawasan yang mempunyai bilangan kenderaan yang banyak. Apabila gas ini disedut terlalu banyak, ketika bersenam atau beriadah, menyebabkan kandungan oksigen darah jatuh mendadak dan kandungan gas karbon monoksida yang banyak boleh memberi kesan kepada badan dan jantung.

Pemuliharaan alam sekitar perlu dipikul bersama dan bukannya bergantung kepada kerajaan atau pertubuhan-pertubuhan dunia semata-mata bak kata kata pepatah, “ringan sama dijinjing, berat sama dipikul”. Rakyat turut memainkan peranan penting dengan mengambil berat akan kesejahteraan sejagat dan tidak hanya mementingkan kemajuan sendiri tanpa mengambil kira akibat kerakusan mengejar kekayaan dunia kerana sememangnya orang yang tamak selalu rugi. Walaupun hanya dengan sumbangan kecil seperti tidak membuat pembakaran terbuka dan mengurangkan penggunaan kenderaan bermotor oleh sebanyak mungkin individu, setidak-tidaknya kita dapat membantu mengawal pemanasan global. Sayangi dan cintailah bumi kita demi kesejahteraan dan keharmonian kehidupan generasi akan datang.

sinopsis azfa hanani

NOVEL AZFA HANANI (TINGKATAN EMPAT)

SINOPSIS BAB DEMI BAB

1. Takut:

Ketika rakan-rakannya menumpukan perhatian terhadap pembelajaran Kimia, Azfa Hanani diburu rasa takut sekiranya namanya dipanggil pengetua kerana mencuri buku dari perpustakaan. Padanya, dia bukan bertujuan untuk mencuri sebaliknya hanya "meminjam" untuk mengulang kaji pelajaran kerana tidak mampu untuk membeli buku rujukan tersebut. Dia takut dibuang sekolah kerana perbuatannya mencuri, sekali gus namanya akan tercemar. Semua terjadi disebabkan kemiskinan keluarga pak long yang memeliharanya sejak kedua-dua ibu dan bapanya meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya. Dia semakin takut apabila pengetua mahu menemuinya.

2. Siapa Mereka?:

Di bilik pengetua, terdapat tetamu yang begitu asing baginya, iaitu Tengku Mazran, Syafinaz dan Syarifah Rozan. Mereka memberitahu dirinya kembar seiras Tengku Murni, seorang remaja yang meninggal dunia dalam suatu kemalangan empat bulan lalu. Tengku Mazran dan Syafinaz memberitahu bahawa dia berkunjung ke rumah Syarifah Rozan semalam dan ternampak gambarnya dalam album. Gambarnya seiras wajah adiknya, Tengku Murni. Azfa Hanani ditawarkan menjadi anak emas keluarga kaya dan menyamar sebagai Tengku Murni kerana wajah mereka seiras, umpama kembar.

Datin Maziah tidak dapat menerima hakikat bahawa anak gadis tunggalnya telah meninggal dunia. Dia menuduh anak-anak lelakinya telah melarikan Tengku Murni. Oleh sebab itu, mereka bercadang untuk mengambil Azfa Hanani menggantikan Tengku Murni bagi menenangkan hati Datin Maziah. Azfa Hanani agak risau untuk menerima tawaran itu walaupun dijanjikan dengan pelbagai kemewahan. Namun begitu, dia akan mencuba jika diizinkan oleh pak long dan mak longnya.


3. Kerana Terdesak:

Tengku Mazran dan Syafinaz yang ditemani oleh Abang Norman dan Pak Haji Arshad tiba di rumah pak long untuk berbincang dengan pak long dan mak long. Pak Haji Arshad menjadi orang tengah dalam perbincangan itu. Tengku Mazran menceritakan kemalangan yang menimpa adiknya, Tengku Murni. Menurut Tengku Mazran, apabila ibunya, Datin Maziah tersedar daripada koma, yang ditanya ialah Tengku Murni. Puas mereka berdalih dengan mengatakan Tengku Murni mengikuti program pertukaran pelajar di Jepun. Dia tidak mampu berterusan menipu dan tidak mahu ibunya menghadapi tekanan jiwa. Tengku Mazran meminta keizinan pak long dan mak long untuk membawa Azfa Hanani ke Kuala Lumpur. Sebagai balasan, sekiranya Azfa Hanani mahu menggantikan tempat "Tengku Murni", kos perubatan anak pak longnya, Zuraini yang hampir lumpuh akan ditanggung. Azfa Hanani berfikir, sekiranya dia masih kekal di Sekolah Menengah Sri Dian, dia akan dibuang sekolah kerana mencuri buku di perpustakaan. Selain itu, bila-bila masa sahaja pak longnya akan memberhentikan persekolahannya kerana kesempitan hidup. Setelah memikirkan masalah dirinya dan penyakit Zuraini boleh disembuhkan, akhirnya dia menerima tawaran Tengku Mazran.

4. Seawal Kehadiran:

Di Hotel Universe, Tengku Mazran dan isterinya, Syafinaz mengajar cara-cara bertutur, makan dan bergaul dengan Datin Maziah. Apabila tiba di banglo yang dimaksudkan, dia dibawa ke bilik Tengku Murni ketika hayatnya dahulu. Tengku Mazran dan Syafinaz memujuk Azfa Hanani akan sikap kasar Tengku Muzaffar yang mengungkapkan kata-kata menyakitkan hatinya. Azfa Hanani kemudian berehat di dalam bilik itu. Ketika itu, dia teringat akan kata-kata Nordin sebelum dia bertolak ke sini, bahawa bukan dia yang dituduh mencuri buku, sebaliknya yang mencari beberapa orang pelajar lelaki. Apabila Datin Maziah sudah terjaga daripada tidur, Azfa Hanani dibawa bertemu. Dia mengikut arahan seperti yang diajar oleh Tengku Mazran dan Syafinaz.

5. Sebagai Murid Baharu:

Azfa Hanani dihantar belajar di Sekolah Menengah Taman Sari. Di sekolah itu, dia berkenalan dengan saudara dua pupu Tengku Murni, iaitu Tengku Ellina. Dia juga berkenalan dengan rakan-rakan Tengku Murni yang lain seperti Adriani, Ekran, selain 'musuh' Tengku Murni, iaitu Laili, Syafikah, dan Fauziana yang dipanggil Budak Glamor. Tengku Ellina menyatakan kehairanannya kerana sehingga kini kad pengenalan, kad ATM dan dompet Tengku Murni belum ditemukan lagi.

6. Imbalan Budi:

Sekembalinya Azfa Hanani dari sekolah, dia telah disambut oleh Datin Maziah. Dia makan bersama-sama dengan Datin Maziah dan Kak Finaz. Dia kekok makan menggunakan sudu dan garpu. Azfa Hanani bertanyakan tentang dompet Tengku Murni yang hilang itu kepada Kak Finaz. Kak Finaz menyatakan mungkin dompet itu telah diambil orang. Azfa Hanani bimbang rahsianya terbongkar. Kak Finaz meyakinkannya bahawa mayat yang dikebumikan itu memang mayat Tengku Murni. Di dalam bilik, Azfa Hanani menemukan diari Tengku Murni dan dibaca diari itu untuk mengetahui peribadi Tengku Murni.

Tengku Datuk Makmur datang menemui Azfa Hanani di biliknya. Dia akan membayar RM500 sebulan kepada Azfa Hanani sebagai upah kerana menyamar sebagai Tengku Murni. Azfa Hanani tidak menyangka budinya akan dibalas dengan wang ringgit. Namun dia terpaksa menerima wang itu demi membantu pak long di kampung.


7. Kerenah Laili:

Azfa Hanani ke sekolah untuk menghadiri majlis perjumpaan pelajar tingkatan 5 bagi membincangkan projek Hari Sumbangsih. Program yang diatur meliputi pasar ria, kejohanan sukan terbuka, dan pameran. Pada tahun lalu program tersebut telah berjaya mengumpul wang sebanyak RM 16 ribu. Laili tidak berpuas hati dan mendakwa kononnya terdapat ketidakadilan dalam pengagihan slot. Dia tidak berpuas hati kerana tidak diberikan slot mengendalikan Malam Bakat Sumbangsih. Laili turut mempertikaikan kejujuran dan keikhlasan jawatankuasa yang terlibat. Dakwaan Laili dibantah oleh Ekran dengan menjelaskan bahawa agihan slot dibuat melalui undian. Setiap ketua tingkatan mengambil bahagian dalam undian tersebut dan seharusnya soal ketidakadilan tidak sepatutnya ditimbulkan.

8. Tertanya-tanya:
Azfa Hanani tertanya-tanya mengapa dia tidak dapat berbual panjang dengan Ekran. Lidahnya menjadi kelu kala berhadapan dengan Ekran. Dia juga tertanya-tanya mengapa Ekran menjual burger berhampiran dengan Plaza Cahaya sedangkan gayanya tidak membayangkan kesusahan hidupnya. Di perpustakaan, Fauziana dan Syafikah menawarkan Azfa Hanani sebagai pengacara Malam Bakat Sumbangsih kerana suaranya sesuai. Azfa Hanani tahu bahawa majlis itu diuruskan oleh pelajar Tingkatan 5 Sastera II, jadi dia menganggap tidak perlu masuk campur. Azfa Hanani menolak dengan baik kerana menyedari niat mereka tidak ikhlas. Penolakannya itu membuatkan mereka begitu marah.

9. Ekran:
Azfa Hanani mengikuti kelas bahasa Inggeris dan bahasa Jepun di Institut Lingua Franca. Dia pergi ke Institut untuk meminjam beberapa buah buku. Sebenarnya dia cuma beralasan untuk keluar rumah. Hasrat hatinya adalah untuk menemui Ekran. Ketika berada di tempat tersebut, Iskandar mahu menghantarnya pulang dengan menaiki motorsikal. Azfa Hanani menolak kerana dia tidak mengenali lelaki itu. Azfa Hanani berpeluang bertemu Ekran yang menjual burger pada hari itu.Ekran menjelaskan minatnya untuk menjadi akauntan.

10. Meluah Rasa:
Azfa Hanani meluahkan perasaannya kepada Ekran dan menjelaskan bahawa dia bukan Tengku Murni.
Dia hanya seorang budak kampung yang hidup dalam serba kekurangan. Dia bukan anak manja Tengku Datuk Makmur dan Datin Maziah. Azfa Hanani hanya menyamar sebagai Tengku Murni untuk memenuhi janjinya kepada Abang Mazran dan Kak Finaz. Dia juga menerima tawaran mereka kerana tidak mahu keciciran dalam pelajaran. Selain itu dia ingin membalas budi pak long dan mak longnya. Abang Mazran dan Kak Finaz telah berjanji untuk menanggung segala kos rawatan Zuraini yang lumpuh.

11. Bukan Dirancang:
Azfa Hanani tidak merancang untuk ke rumah Tengku Ellina.
Tengku Ellina mengajaknya ke rumah kerana pasukan Forum Remaja Sekolah Menengah Taman Sari akan mengadakan sesi perbincangan dan latihan. Datin Maziah memberikan persetujuan akan hasrat Azfa Hanani ke rumah rakannya, Tengku Ellina. Azfa Hanani berasa bersalah kerana berbohong kepada Datin Maziah. Datin Maziah mengingatkan Azfa Hanani agar memberikan fokus terhadap SPM supaya memperoleh keputusan cemerlang seperti "abang-abangnya". Tengku Muzaffar menghantar Azfa Hanani dengan menaiki motosikal berkuasa tinggi. Setibanya di rumah Tengku Ellina, rakan-rakannya telah sedia menunggu. Tengku Ellina meminta Azfa Hanani menggantikan tempatnya sebentar sebagai Pengerusi Forum Remaja, sementara dia mengendalikan mesyuarat sekretariat pameran luar untuk Hari Sumbangsih. Setelah ahli-ahli pasukan Forum Remaja melihat kepetahan dan kelancaran Azfa Hanani sebagai pengerusi, mereka memutuskan bahawa Azfa Hanani akan kekal mempengerusikan Forum Remaja.

12. Melulu:
Pertandingan Forum Remaja yang akan diadakan di dewan besar sekolah bakal berlangsung sebentar lagi.
Azfa Hanani membuat persiapan; memakai tali leher dan menghafal skrip. Azfa Hanani mendapat khabar gerai burger Ekran telah dibakar orang menyebabkan dia bergegas ke bilik persatuan untuk mendapatkan penjelasan daripada Ekran. Ekran tidak ditemui sebaliknya dia bertemu dengan Laili yang tidak berpuas hati akan sikapnya menarik diri sebagai pengacara Malam Bakat Sumbangsih. Kata-kata menghina yang diucapkan Laili telah menggetarkan perasaan Azfa Hanani sebelum melangkah ke pertandingan Forum Remaja.

13. Hadiah Bererti:

Pasukan yang disertai oleh Azfa Hanani dalam pertandingan Forum Remaja telah berjaya menjadi johan dan Azfa Hanani diumumkan sebagai Pengerusi Forum Terbaik. Ramai yang memuji suara Azfa Hanani amat lunak dan sesuai menjadi pengacara televisyen. Seterusnya, Datin Maziah telah mengadakan majlis ulang tahun yang ke-17 untuk Tengku Murni. Azfa Hanani, walaupun mengambil peranan sebagai Tengku Murni, tetapi berasa terharu kerana diraikan dalam majlis yang begitu meriah. Ekran datang lewat dan hanya menyerahkan hadiah melalui pintu pagar rumah. Azfa Hanani meluahkan perasaan rindunya terhadap pak long sekeluarga di kampung kepada Abang Mazran. Abang Mazran berjanji akan membawa Azfa Hanani pulang bertemu dengan keluarganya di kampung. Abang Mazran juga meminjamkan telefon bimbitnya kepada Azfa Hanani agar dia dapat menghubungi kawan-kawannya di kampung.

14. Misteri Yang Tersimpan:
Azfa Hanani memanfaatkan sepenuhnya peluang yang diberikan oleh Abang Mazran untuk menghubungi rakan-rakannya di kampung. Azfa Hanani mengimbau perbualannya dengan rakan-rakan sekampungnya, Falina dan Aini. Kak Finaz memberitahu Azfa Hanani bahawa Abang Mazran bersetuju untuk memasang talian telefon di rumah pak long. Abang Mazran juga akan membelikan Azfa Hanani telefon bimbit yang baharu. Azfa Hanani membuka hadiah yang diberikan oleh Ekran. Azfa Hanani terkejut apabila mendapati hadiah itu berupa dompet milik arwah Tengku Murni dan di dalamnya terdapat sejumlah wang, beberapa keping kad, dan sehelai kertas catatan.

15 Kunjungan Mengejut:

Azfa Hanani menyuarakan hasratnya kepada Kak Finaz untuk menyambut kepulangan pak long dan Zuraini daripada menjalani rawatan di Indonesia. Kak Finaz berjanji untuk membawa Azfa Hanani pulang ke kampung semasa cuti semester pertama nanti. Sekembalinya daripada mengikuti kelas bahasa di Institut Lingua Franca, Azfa Hanani terkejut melihat pak long dan Zuraini berada di rumah Datin Maziah.
Kerinduan Azfa Hanani terubat kerana dapat berbual-bual dengan pak long dan Zuraini. Menurut Zuraini, Tengku Datuk Makmur seakan-akan sudah mengenali keluarga mereka sebelum ini.

16. Hari Sumbangsih:
Hari ini berlangsungnya Hari Sumbangsih di Sekolah Menengah Taman Sari. Sambutan Hari Sumbangsih pada tahun ini lebih meriah. Ekran yang menjadi pengerusi persatuan pelajar tingkatan lima sibuk mengendalikan program sempena Hari Sumbangsih. Ada khabar angin yang mengatakan bahawa Malam Bakat Sumbangsih akan dipulaukan oleh pelajar yang tidak berpuas hati.
Azfa Hanani mengambil kesempatan untuk berjumpa dengan Ekran di bilik persatuan. Azfa Hanani mendesak Ekran untuk berterus-terang tentang punca dia menjauhkan diri daripadanya. Akhirnya Ekran membuat pengakuan yang mengejutkan. Ekran mengakui mempunyai hubungan istimewa dengan Tengku Murni. Namun hubungan itu terpaksa diputuskan atas sebab-sebab tertentu. Pada pertemuan terakhir sebelum kemalangan itu, dompet Tengku Murni tertinggal dan dia menyimpan dompet tersebut.


17. Terusir:
Azfa Hanani masih lagi tertanya-tanya tentang hubungan antara Ekran dengan Tengku Murni. Azfa Hanani membuat tekaan bahawa Datin Maziahlah punca hubungan Tengku Murni dengan Ekran terputus. Dengan menggunakan teknik yang tertentu, Azfa Hanani berjaya membaca rahsia yang terkandung di dalam diari Tengku Murni. Azfa Hanani lantas bersemuka dengan Tengku Muzaffar untuk mendapatkan kepastian. Tengku Muzaffarlah rupa-rupanya yang menjadi dalang yang merosakkan hubungan yang terjalin antara Tengku Murni dengan Ekran. Tengku Muzaffar memberitahu bahawa dia menghalang hubungan antara Tengku Murni dengan Ekran kerana ingin menjaga nama baik keluarga disebabkan Ekran daripada keluarga miskin. Azfa Hanani berasa terhina kerana dirinya juga daripada keluarga miskin. Azfa Hanani tidak berpuas hati kerana kini Tengku Muzaffar melarangnya berkawan dengan Ekran pula. Akhirnya berlakulah pertengkaran antara mereka dan didengari pula oleh Datin Maziah. Datin Maziah amat marah apabila mendapati Azfa Hanani selama ini menyamar sebagai Tengku Murni. Azfa Hanani ditampar, kemudian dihalau keluar dari rumah itu.

18 Hakikat:
Azfa Hanani mahu terus pulang ke kampung, tetapi Tengku Muzaffar meletakkan Azfa Hanani di rumah Tengku Ellina. Akhirnya, Azfa Hanani dapat kembali tinggal di rumah pak longnya di Kampung Merpati. Namun, pak long dan mak longnya masih belum mengetahui bahawa Azfa Hanani sebenarnya telah diusir keluar dari rumah Datin Maziah. Sebelum ini, Abang Mazran dan Kak Finaz berjanji untuk memujuk Datin Maziah untuk menerima Azfa Hanani kembali. Namun, Azfa Hanani telah membuat keputusan untuk terus tinggal di kampung. Azfa Hanani terkejut apabila keluarga Tengku Datuk Makmur datang mencarinya di kampung. Akhirnya terbongkar rahsia apabila Tengku Datuk Makmur menceritakan bahawa dialah yang telah melanggar teksi yang dinaiki oleh Azfa Hanani sekeluarga sehingga mengakibatkan kematian ibu dan bapa Azfa Hanani. Datin Maziah tidak sampai hati apabila melihat Azfa Hanani yang ketika itu masih bayi menangis kelaparan lalu menyusuinya. Selama 16 tahun, Tengku Datuk Makmur berusaha untuk menjejaki Azfa Hanani. Pencariannya berhasil setelah berbual-bual dengan pak long yang kebetulan berkunjung ke rumahnya sekembalinya daripada menemani anaknya, Zuraini yang mendapatkan rawatan di Indonesia.

19. Segala-galanya Berakhir:
Azfa Hanani kembali tinggal di banglo Tengku Datuk Makmur dan Datin Maziah. Kali ini dia mahu dikenali dengan identiti sebenar, bukan sebagai Tengku Murni lagi. Tengku Muzaffar pula semakin mendekatkan diri dengan agama. Aktiviti Hari Sumbangsih telah berjaya mengumpul sebanyak RM16,655.00. Syafikah dan Fauzana bersikap baik terhadap Azfa Hanani. Motosikal yang ditunggang oleh Iskandar terlibat dalam kemalangan jalan raya dan Iskandar telah terbunuh.
Manakala Laili yang membonceng motosikal tersebut telah cedera parah dan kini di wad ICU.
Pasukan yang menyertai Forum Remaja telah menjadi johan peringkat negeri dan Azfa Hanani telah diumumkan sebagai Pengerusi Forum Terbaik.
Pada suatu hari, Azfa Hanani menaiki teksi ke rumah Ekran. Ketika Azfa Hanani tiba, dia melihat Tengku Muzaffar sedang membantu Ekran menyiapkan sebuah gerai. Akhirnya Azfa Hanani mengetahui kedudukan perkara yang sebenar iaitu, Tengku Muzaffarlah yang membakar gerai burger Ekran. Sementara itu, Ekran bukanlah daripada keluarga yang susah. Ayah dan ibuny bekerja sebagai pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia yang kini sedang melanjutkan pelajaran di peringkat doktor falsafah di Amerika Syarikat. Adik-adik perempuannya ikut serta manakala adik lelakinya menuntut di sebuah sekolah asrama penuh. Dia selesa tinggal dengan datuk dan neneknya.