Tuesday, January 31, 2012
PERIBAHASA DALAM BUKU TEKS
1 Bagai aur dengan tebing
2 Bak cendawan tumbuh selepas hujan
3 Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian
4 Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
5 Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh
6 Biar mati anak, jangan mati adat
7 Bukit sama didaki, lurah sama dituruni
8 Bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat
9 Darah daging
10 Di mana ada kemahuan di situ ada jalan
11 Di mana bumi dipijak, di situIah langit dijunjung
12 Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi
13 Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah
14 Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, seribu kall Iebih balk di tanah air sendiri
15 Ibarat telur sesangkak, pecah sebiji pecah semua
16 Jauh perjalanan luas pengalaman
17 Jika hendak melentur buluh, biarlah dari rebungnya
18 Kacang lupakan kulit
19 Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakah dapat sagunya
20 Lintah darat
21 Masuk ke kandang kambing mengembek, masuk ke kandang kerbau menguak
22 Memerah otak
23 Mencari jalan
24 Peluang keemasan
25 Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara
26 Rajin dan usaha tangga kejayaan
27 Sediakan payung sebelum hujan
28 Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit
29 Seperti lembu dicucuk hidung
30 Tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas
31 Yang bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak datang melayang
32 Yang kurik itu kundi, yang merah itu saga, yang balk itu budi, yang indah itu bahasa
KARANGAN
Kini, penggunaan kad kredit bukan lagi satu kemewahan tetapi satu keperluan yang kian menjadi kebiasaan dalam masyarakat kita. Apakah kesan-kesan penggunaan kad kredit?
Pendahuluan
• duit plastik
• sudah menjadi budaya popular masyarakat masa ini
• pengganti wang tunai
• penggunaannya semakin popular
• mudah dipohon (gaji RM1800/thn)
• Visa kad, Master kad
• memberi kesan baik dan kesan buruk kepada pemiliknya.
Kesan baik
1. Menyenangkan urusan seharian
• pemegang kad boleh membayar bil-bil seperti bil elektrik, air, telefon serta membeli-belah melalui melayari laman sesawang tertentu
• cuma perlu menurunkan tandatangan pada bil barang yang dibeli, usah risau bahawa wang tunai yang dibawa tidak mencukupi
• bayaran kad kredit boleh dilakukan secara ansuran mengikut kemampuan pemegang kad
• Citibank yang menawarkan kemudahan pembayaran tol Touch N Go, penambahan nilai kad prabayar bagi telefon bimbit merupakan antara contohnya.
2. Keselamatan pemegang kad kredit dapat dijamin
• Pemilik kad kredit tidak bimbang - kurang risiko kecurian
• Tidak perlu membawa wang tunai yang banyak, maka menurunkan risiko seperti dirompak atau diragut.
• Sekiranya kad kredit telah hilang atau dicuri, pemegang boleh membuat laporan supaya kad dan butir-butir diri tidak akan disalahgunakan - pembatalan serta-merta sebarang bentuk transaksi
• kad kredit tidak boleh dipindah milik berbanding wang tunai - sebarang urusan pembelian memerlukan pengesahan pemilik kad - tandatangan
3. Kad kredit membantu meneruskan kelangsungan hidup.
• Dalam situasi tertentu terutamanya semasa kecemasan, kad kredit boleh digunakan buat sementara untuk membeli barang keperluan keluarga, membiayai yuran sekolah anak-anak, kos perubatan ahli keluarga yang membebankan sekiranya gaji belum lagi diperoleh.
• Namun begitu, hutang tersebut mesti dijelaskan kepada pihak bank selagi masalah kewangan belum diatasi.
4. kemudahan pinjaman tunai
• boleh mengatasi kes-kes kecemasan
• boleh buat overdraf
• menyelesaikan masalah kewangan buat sementara waktu
5. tawaran istimewa
• perlindungan insurans - insurans kemalangan, insurans perjalanan
• hadiah promosi - telefon bimbit, barangan elektrik, baucer pecutian
• kadar faedah rendah atau tiada langsng faedah apabila menggunakan kad kredit dengan syarat-syarat tertentu
Kesan buruk
1. Melahirkan masyarakat yang suka berhutang dan budaya berbelanja yang kurang sihat dan tidak terkawal
• Pemegang kad kredit- bebas berbelanja mengikut nafsu/ tanpa had- sikap ‘senang dahulu susah kemudian menyulitkan kehidupan mereka nanti
• Kemudahan kad kredit menggalakkan pemegang kad berbelanja lebih daripada pendapatan mereka
• Sikap suka berhutang boleh menyebabkan individu terjebak dalam masalah yang lebih serius seperti muflis atau meminjam wang daripada lintah darat.
• dikenakan faedah lewat bayar 1.5% sebulan atau 18% setahun
• boleh diisytiharkan muflis- hudup menjadi menderita
2. Mudah melakukan penipuan
• urusan menggunakan komputer - mudah berlaku penyelewengan
• maklumat sulit terdedah ketika diproses oleh mesin pemprosesan
• kad boleh diklonkan - digunakan oleh orang lain untuk berbelanja
• pemilik menanggung akibat buruk - proses mahkamah yang menyulitkan
3. Mendatangkan kesan negatif kepada ekonomi negara
• Perbelanjaan secara tidak terkawal menjurus kepada masalah permintaan melebihi penawaran.
• Dalam erti kata lain, masalah inflasi di dalam negara akan berlaku dan seterusnya menyebabkan negara terancam oleh kemelesatan ekonomi
• harga barang-barang akan meningkat kerana permintaan melebihi penawaran
Kesimpulan
• harus berdisplin
• boleh mengawal diri ketika berbelanja
Monday, January 30, 2012
TIP PENULISAN KARANGAN CAMPIN
PANDUAN MENULIS KARANGAN
PENDAHULUAN
i) PENANDA WACANA UNTUK MEMULAKAN AYAT PENDAHULUAN KARANGAN
(perenggan pertama)
a)Pada era globalisasi ini, b) Pada zaman pascakemerdekaan ini,
c) Dalam meniti arus kemodenan ini d) Dewasa ini,
e) Pada masa ini, f) Kini,
g) Dasawarsa ini, h) Dalam meniti kehidupan pada marcapada,
i) Sejak sedekad yang lalu, j) Sejak negara menikmati arus kemerdekaan,
l) Belakangan ini, m) Sejak akhir-akhir ini,
contoh:
- Dasawarsa ini sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di segenap empat penjuru dunia ini tentang isu
- Era pascaperindustrian dan pascaglobalisasi yang serba mencabar akal dan minda kita telah …
- Sudah terang lagi bersuluh, semakin hari kita semakin menghampiri ambang 2020. Keadaan ini menandakan titik permulaan
pelbagai cabaran dan rintangan yang bakal menghambat.
- Dasawarsa ini, sama ada kita sedar atau tidak lantaran terlalu dihidangkan dengan pembangunan negara yang semakin gah di persada dunia. Namun disebalik itu, kita acapkali tersentak oleh pelbagai permasalahan sosial yang beronal yang dicetuskan oleh rakyat kita sendiri.
- Dalam dunia yang dilingkari kemajuan sains dan teknologi ini …
- Sejak dua dan tiga dekad kebelakangan ini memang kita dapat menyaksikan …
PENANDA WACANA UNTUK MENYATAKAN STATISTIK
· Berdasarkan perangkaan terkini yang diperoleh didapati sebanyak
· Bukti yang jelas dan terkini yang berkaitan dengan perkara ini menunjukkan
· Statistik yang sahih lagi tepat telah dikeluarkan oleh Kementerian ….. pada tahun …… menunjukkan bahawa sebanyak …………
PENANDA WACANA UNTUK AYAT TERAKHIR PENDAHULUAN KARANGAN
- Oleh itu, kebaikan dan keburukan yang mewarnai fokus perbincangan akan dihuraikan
dengan terperinci demi kebaikan bersama.
- Sebagai memperkukuhkan lagi penyataan tersebut, punca-punca yang menunjangi masalah
ini perlu diperincikan demi kebaikan bersama.
- Usaha pasti akan membuahkan hasil kalau pelbagai langkah yang efektif dan drastik
dilakukan segera untuk mengatasi masalah yang sudah bersarang lama di negara kita
ini.
- Setelah meneliti dan mengkaji sehingga ke akar umbi, saya bersetuju dengan pendapat yang menyatakan …….
- Tiada ubat yang tiada penawarnya, maka langkah-langkah yang konkrit, sistematik dan pragmatik harus dijalankan secara berterusan agar masalah ini boleh dibasmi hingga ke akar umbi
ISI
i) PENANDA WACANA UNTUK AYAT PERTAMA SETIAP PERENGGAN
(UNTUK ISI PERTAMA)
· Kita dapat menyaksikan betapa…
· Kita seharusnya berterima kasih kepada pihak kerajaan kerana…
· Lazimnya, dalam keadaan …
· Namun demikian, suatu hakikat yang tidak boleh dikesampingkan ialah …
· Pada hemat saya …
· Pada pandangan saya …
· Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa …
· Sebagaimana yang kita ketahui
· Sebagaimana yang kita maklumi
· Sejak awal lagi
· Sejak kebelakangan ini
· Selain itu, pada masa ini juga
· Seperti yang telah dinyatakan
· Umum mengetahui bahawa
· Lanjutan daripada huraian yang telah dinyatakan di atas
ii) PENANDA WACANA UNTUK AYAT 2, 3 DAN SETERUSNYA DALAM KARANGAN
(BOLEH DIGUNAKAN UNTUK ISI PERTAMA DAN ISI ETERUSNYA…PILIH YANG BERSESUAIAN)
- · Bagi sesetengah orang … · Begitu juga dengan …
· Begitu juga halnya dengan … · Bertitik tolak daripada itu …
· Bukan itu sahaja … · Dalam hal ini …
· Dalam konteks ini .. · Dalam zaman yang serba canggih ini …
· Daripada realiti ini dapat kita katakan bahawa …
· Dengan adanya … · Dengan berbuat demikian …
· Dengan perkataan lain .. · Disebabkan hal itu
· Disebabkan keistimewaan inilah kita ..
· Hal ini berlaku disebabkan · Hal ini penting dalam - · Hal ini serupa dengan · Hal yang serupa berlaku apabila
· Ini disebabkan · Ini membuktikan bahawa
· Ini menggambarkan bahawa · Ini secara tidak langsung akan
· Ini semua meninggalkan kesan kerana
· Ini tentu sekali membuatkan · Jadi kita perlu
· Jadi kita hendaklah · Keadaan ini tentunya
· Lantaran itu sehingga kini · Kesemua ini menyumbang kepada
· Kita mengakui hakikat bahawa · Kita sering menonton di kaca televisyen
· Kita sering membaca di dada-dada akhbar - · Memandangkan keadaan yang sedemikian
· Namun sejak kebelakangan ini – Hal ini demikian kerana
- Hal ini berlaku kerana · Oleh itu, bolehlah dikatakan
· Secara logiknya masa yang – Hal ini terjadi kerana
- Hal ini disebabkan oleh – Hal ini wujud akibat daripada
· Sejak seawal usia kemerdekaan negara ini lagi, kita
· Keadaan ini seharusnya boleh - Hal ini bersangkut-paut dengan
- Hal ini berpunca daripada – Hal ini tercetus apabila
- Hal ini timbul apakala – Walaupun demikian, sejak akhir-akhir ini
· Kendatipun demikian, kita masih – Yang paling nyata ialah
· Yang perlu kita pastikan ialah
Penanda menerangkan huraian atau pendapat yang berbeza
a)Walau bagaimanapun, g) Jika dilihat dari sudut lain,
b) Dengan kata lain, h) Kontradiksinya,
c) Di sebalik itu, i) Walakin begitu,
d) Namun demikian, j) Daripada perspektif yang berbeza,
e) Dalam pada itu,
f) Dari sudut lain,
Penanda memberi contoh dalam karangan
a) Misalnya, b) Contohnya,
c) Sebagai contoh, d) Tamsilnya,
e) Sebagaimana yang kita sedia maklum,
f) Antaranya adalah seperti g) Sebagai contohnya
h) Biar kita lihat i) Biar kita ambil contoh
j) Bagi membuktikan perkara ini, contoh yang boleh diketengahkan ialah
k) Sebagai analoginya,
l) Contoh yang ketara yang paling dekat dengan kita ialah
Penanda menghuraikan contoh
a) Hal ini mengakibatkan b) Hal ini menyebabkan
c) Oleh itu, d) Maka,
e) Oleh hal yang demikian, f) Oleh sebab itu,
g) Jelaslah bahawa h) Justifikasinya,
Penanda menutup isi (untuk bahagian isi)
a) Kesannya,
b) Natijahnya,
c) Akibatnya,
d) Akhirnya,
e) Dengan itu,
f) Dengan berbuat demikian,
g) Dengan keadaan sedemikian,
Penanda menulis dua huraian dalam satu ayat
Contoh:
Masalah sosial yang dibincangkan oleh masyarakat ini memang memeningkan kepala (Huraian 1) _(x)_ membimbangkan semua pihak. (Huraian 2)
a) justeru b) malah
c) malahan d) tambahan pula
e) sementelahan f) sekali gus
g) di samping h) bahkan
i) malar-malar
iii) PENANDA UNTUK AYAT PERTAMA SETIAP PERENGGAN
(UNTUK ISI KE-2, KE-3 DAN SETERUSNYA)
a) Selain itu, b) Di samping itu,
c) Sementara itu, d) Lebih-lebih lagi,
e) Dalam pada itu, f) Lain daripada itu,
g) Pada waktu yang sama, h) Dalam pada itu,
i) Seterusnya,
—–UNTUK HURAIAN GUNA KAEDAH YANG SAMA DI ATAS.—-
PENUTUP
Penanda memulakan perenggan penutup
a) Kesimpulannya, b) Intihanya,
c) Secara tuntas, d) Konklusinya,
e) Sebagai penutup wacana, f) Sebagai penghias bicara akhir,
g) Sebelum mengakhiri wacana ini, h) Secara keseluruhan,
i) Secara total,
PENANDA WACANA UNTUK KESIMPULAN KARANGAN
· Intihanya,
· Sebagai menggulung segala yang telah diperkatakan di atas
· Konklusinya,
· Dengan ini diharapkan
· Bukan itu sahaja
· Mudah-mudahan perkara ini
· Dengan keizinan Tuhan yang maha esa, kita yakin dan percaya bahawa
· Jika semua masyarakat berganding bahu, ibarat ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni,
insyallah perkara ini akan …
· Demi merealisasikan visi kudsi Wawasan 2020, marilah kita bersama-sama
Penanda memulakan atau memasukkan peribahasa
a) Bak kata peribahasa, …….
b) Bak kata peribahasa Melayu, …………
c) Bak kata orang tua-tua, ………..
d) Bak kata mutiara, ………
e) Bak peribahasa, …………
f) Bak kata cendekiawan, ………….
g) Persis kata peribahasa, …………
h) Persis kata peribahasa Melayu, ………….
i) Persis kata orang tua-tua, …………
j) Persis kata mutiara, …………
k) Persis peribahasa, ……………
l) Persis kata cendekiawan, ………….
m) Hal ini sama dengan peribahasa ……….
n) Senario ini persis dengan peribahasa Melayu, yakni …….
o) Fenomena ini dikatakan
p) Masalah ini sama dengan peribahasa ………..
q) Saya yakin rakyat Malaysia mengenali peribahasa ……….
PANDUAN MEMBINA PENUTUP
A1- SIMPUL (S)
A2- CADANGAN (C)
A3- HARAPAN (H)
A4- PENDIRIAN (P)
Contoh:
A1- S- Sebagai kesimpulannya, dapatlah kita merumus bahawa semua pihak memainkan
peranan yang sama untuk menangani masalah ini.
A2- C- Semua pihak yang terbabit perlu menjalinkan hubungan kerjasama yangerat untuk
memastikan kejadian jenayah yanag membabitkan remaja berkurangan bak
peribahasa Melayu berat sama dipikul ringan sama dijinjing.
A3- H- Diharapkan usaha-usaha yang dilakukan oleh pelbagai pihak dapat
menyedarkan remaja daripada terus terlibat dalam jenayah
A4- P- Remaja merupakan aset negara yang bernilai dan jangan biarkan aset ini
menyebabkan imej negara tercalar di mata dunia.
KATA-KATA HIKMAT DIGUNAKAN DALAM KARANGAN
01. baik kaya ialah kaya hati,sebaik-baik bekal ialah takwa,seburuk-buruk buta ialah buta hati dan sebesar-besar dosa ialah berdusta.
02. Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya. (Hamka).
03. Orang yang takut menghadapi kesukaran selamanya tidak akan maju. ~Horne
04. Yang dikatakan kawan bukanlah orang yang sentiasa memuji-muji kamu, tetapi adalah orang yang dapat menunjukkan kesalahan kamu.
05. Kalau hidup ingin merdeka, Tiada tercapai hanya berkata, Ke muka maju sekata, maju kita, Melemparkan jauh jiwa hamba. ~Usman Awang
06. “Dan berbuatlah kamu akan kebaikan supaya kamu mendapat kemenangan.” ~Surah al-Hajj:77
07. “Maka sifat sabar itu adalah sikap yang baik, dan hanya Allah sajalah tempat meminta pertolongan” ~Surah Yusuf:18
08. Berunding cerdik dengan pandai, faham dua menjadi satu.
09. Yang paling kita perlukan dalam kehidupan ialah adanya seseorang yang selalu memberi semangat untuk melaksanakan hal-hal yang dapat kita kerjakan. ~Davey John Schwartz
10. “Peristiwa itu memberi pengajaran kepada saya mengenai bagaimana guru besar perlu bersikap profesional dan tidak menggunakan emosi dalam melakukan tindakan.” ~Tengku Habsah Tengku Petera (Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan)
11. “Satu perkara yang menakutkan saya pada masa ini ialah peningkatan gejala rasuah. Secara umumnya, lebih tinggi rasuah yang ada, lebih kurang kemerdekaan yang dimiliki.” ~Profesor Diraja Ungku Aziz
12. Sabar penghilang penat, tekun pembawa dekat.
13. Lebih berharga mutiara sebutir daripada pasir sepantai.
14. Terbang bangau sepanjang hari, ke tasik jua akhirnya dicari.
15. Biar kamu tidak cantik di mata penduduk bumi tetapi namamu menjadi perbualan penduduk langit.
16. Siapa yang banyak bicara, banyak pula salahnya; siapa yang banyak salah, hilanglah harga dirinya; siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak warak; sedangkan orang yang tidak warak itu bererti hatinya mati. ~ Saidina Ali Abu Talib
17. Sabda Rasulullah s.a.w: “Akhlak yang buruk merosakkan amal seperti cuka merosakkan madu.”
18. Kita sering mengimbas kembali kenangan lalu tetapi jarang sekali berusaha untuk mengejar impian hari esok.
19. Manusia yang berbuat baik dengan mengharapkan sesuatu balasan bukanlah manusia yang jujur.
Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat, asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh
dengan agama Allah. (surah Al-Baqarah:214)
20. Kekitaan yang erat tiada yang berat.
21. Belajarlah berdiri dahulu sebelum cuba untuk berlari.
22. Orang bakhil tidak akan terlepas daripada salah satu daripada empat sifat yang membinasakan iaitu; dia
akan mati dan hartanya akan diambil warisnya, lalu dibelanjakan bukan pada tempatnya atau; hartanya
akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim atau; hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat
dan akan digunakan untuk kejahatan atau; adakalanya harta itu akan dicuri dan digunakan untuk
berfoya-foya. – SAIDINA ABU BAKAR
23. Kekayaan yang hilang boleh dikejar dengan usaha yang bersungguh-sungguh. Kesihatan yang hilang
boleh diperolehi dengan ubat-ubatan yang baik tetapi masa yang hilang sekali hilang akan terus hilang.
24. Jadilah seperti pohon kayu yang berbuah lebat, dibaling dengan batu dibalas dengan buah.
25. Tunjuk menjadi telaga budi, ajar menjadi suluh hati.
Penanda Wacana
A
1. Andaikan perkara ini berlanjutan,
2. Apa yang membimbangkan kita ialah
3. Abad yang mementingkan material ini mengajar kita …
4. Abar (penghalang) utama fenomena ini ialah…
5. Abet (tingkah laku) ini jelas membuktikan bahawa…
6. Adalah absurb (mustahil) jika kita mengatakan bahawa
7. Acap kali (sering kali) kita terbaca di dada akhbar tentang gejala ini,
8. Ada pihak yang beranggapan bahawa
9. Ada desas-desus (khabar angin) yang menyatakan dengan jelas bahawa
10. Acuhan (sesuatu yang menarik perhatian) ini menyebabkan
11. Adalah dipercayai bahawa…
12. Adalah lebih Afdal (baik) jika…
13. Adalah memalukan kita kerana
14. Adanya perkara ini kerana
15. Adalat (keadilan) akan terpancar jika….
16. Adaptasi (penyesuaian dengan keadaan yang baru) ini menyebabkan
17. Adat di dunia memang begitu,
18. Adicita (idealogi) memang bercanggah kerana…
19. Adiwarna (memang bagus) jika kita……
20. Adpertensi (iklan dalam surat khabar) pernah memaparkan…
21. Advis (nasihat) saya ialah …
22. Aduan yang kita sering terima uialah…
23. Afal (kelakuan) yang negatif ini menyebabkan
24. Afidavit (bukti bertulis) ini jelas memberitahu kita bahawa…
25. Agak membimbangkan kita kerana…
26. Aforisme (ungkapan) yang selalu kita dengar ialah…
27. Agen pemusnah dalam kehidupan ini menyebabkan….
28. Aib (malu) sekali manusia zaman ini kerana..
29. Akhirulkalam, (penutupnya, akhirnya,
30. Aktivis (orang yang sesuatu kegiatan) pernah memberikan pendapat bahawa
31. Alam terbentang menjadi saksi,
32. Alimiat (zaman peradaban) ini banyak memberitahu kita bahawa
33. Almalun (terkutuk) sekali jika kita….
34. Amnya, (Umumnya)
35. Anjakan Paradigme ( Perubahan untuk kebaikan) ini berlaku kerana….
36. Angkara perbuatan ini,
37. Arbitrari (analisis) yang dilakukan mendapati bahawa….
38. Aspirasi (cita-cita) negara ialah …
39. Atas dasar perikemanusiaan,
40. Ayuhai manusia,….
B
41. Bagaimana pun,
42. Bahang masalah in semakin terasa kerana
43. Bagunlah wahai rakyatku,
44. Barangkali kita terlupa bahawa…
45. Baru-baru ini,
46. Belakangan ini,
47. Bayangkan suatu hari nanti,
48. Bedilan (tembakan) kata-kata yang tidak berasas menyebabkan…
49. Bedooh (melampau) sekali jika mereka…
50. Belukar kehidupan ini mengajar kita….
51. Benarlah jika saya mengatakan bahawa
52. Bernas sekali anggapan bahawa…
53. Biasanya,
C
56. Cangkaliwang ( keadaan huru-hara) ini bersangkut paut dengan faktor…
57. Cetusnya kegelisahan ini adalah kerana
58. Cocok sekali hal ini dikaitkan dengan..
59. Cukuplah sekadar ini,
60. Cukup malu kerana…
D
61. Dada manusia yang kejam ini..
62. Dada insan yang rakus (tamak) ini…
63. Daifnya (hina) kita jika dikatakan…
64. Dakwaan yang mengatakan bahawa…
65. Dakwaan ini memang tepat kerana
66. Dakwaan ini tidak berasas kerana
67. Dalam mengharungi arus globalisasi,
68. Dalam lautan kehidupan yang bergelora ini,
69. Dalam meniti (melalui) hari demi hari,
70. Dalam hal ini,
71. Dalam ajaran agama dan moral,
72. Dalam mengaplikasikan nilai ini,
73. Dalam pada itu,
74. Dalih (alasan) yang selaku kita dengar ialah
75. Dalil (keterangan) ini menjelaskan bahawa…
76. Dangkal (cetek pengetahuan) sekali anggapan bahawa….
77. Dapat kita simpulkan bahawa…
78. Daripada membiarkan masalah ini kronik,
79. Deklarasi (pernyataan jelas) ini membuktikan bahawa…
80. Dalam hal sedemikian,
81. Dengan berbuat demikian,
82. Desakan hidup kadangkala menyebabkan kita..
83. Destinasi perjalanan yang tidak tentu ini mengakibatkan…
84. Digniti (kemuliaan) manusia semakin terhakis kerana
85. Diskriminasi kaum menyebabkan…
E
86. Ekspedisi kehidupan ini mengajar kita
87. Evolusi (perubahan) ini menyebabkan.
88. Ekoran daripada peristiwa ini,
89. Eloklah jika kita menerima hakikat bahawa..
90. Entah mengapa,
F
91. Fahaman ini jelas menunjukkan bahawa…
92. Faktor utama ialah..
93. Faraq (perbezaan) hal ini ialah
94. Fasal (berkenaan) itu,
95. Fitrah (sifat semula jadi) sang manusia kini ialah…
96. Fokus utama topik kita ialah…
97. Fungsi utama ialah..
G
98. Galakan ini datangnya daripada…
99. Gamatlah suasana kerana …
100. Gandingan ajaran agama dan moral memang baik kerana…
101. Gaya hidup yang serba mewah ini menunjukkan bahawa
102. Gejala ini ada kaitan dengan….
103. Gelisah ibu bapa bertambah berat apabila…
104. Gelora hati ini menolak mereka ke lembah hina dan menyebabkan….
105. Generasi dotkom ini mementingkan..
106. Gerabak (laluan) perjalanan hidup ini akan tergelincir apabila…
107. Gundah sekali apabila….
108. Guru di sekolah mengajar kita bahawa,,,
H
109. Habis (jadi),
110. Hala tuju kerajaan ialah…
111. Hal ini demikian kerana
112. Hal ini berlaku kerana…
113. Hal in memang memeranjatkan kita kerana…
114. Hal ini tidaklah menghairankan kerana…
115. Hal ini berpunca daripada…
116. Hal ini menyebabkan…
117. Hal ini menghalang usaha kita…
118. Hampanya ibu bapa apabila…
119. Harapan kita ialah…
120. Harapan negara ialah…
121. Hipokrit (sifat berpura-pura) manusia menyebabkan
122. Hipotesisnya ialah…
123. Hujah (pendapat) ini bercanggah kerana…
124. Hujah yang dikatakan…
125. Hujah itu memang tepat kerana…
I
126. Ifrit (golongan yang jahat) ini menyebabkan…
127. Idea ini menyebabkan
128. Ideologi ini memang benar kerana…
129. Ijtihad (pendapat) ini benar kerana
130. Ijtihad pelbagai pihak ialah…
131. Iklim budaya ketimuran menyebabkan…
132. Iman manusia semakin menipis kerana..
133. Ilustrasi kehidupan ini memang cantik,
134. Impaknya(kesannya) ialah
135. Impak daripaha hal ini menyebabkan…
136. Ingatlah bahawa…
137. Ingat,
138. Insaflah wahai manusia,
139. Inisiatif (usaha)kerajaan ini tidak dipandang berat kerana…
140. Istilah malas memang bahaya kerana…
141. Izinkan saya katakan bahawa….
J
142. Jika ditinjau dari sudut agama,
143. Jauhari berpendapat bahawa,
144. Jabatan narkotik membuktikan bahawa
145. Jadi,
146. Berjaga-jagalah kita,
147. Jagat (dunia) ini amat luas,
148. Jagatraya (seluruh dunia) ini,
149. Jago (juara) politik beranggapan,
150. Jah (kemuliaan) manusia terhakis kerana
151. Jahar (nyaring) sekali suara pemimpin
152. Jak ( semenjak / dari)
153. Jalan hidup yang lurus ini
154. Jauh di sudut hati,
155. Jauh berbeza daripada orang lain,
156. Jelmaan sikap ini bersangkut paut dengan
157. Jentera kerajaan mestilah
158. Jihad (perjuangan) manusia
159. Justifikasinya, (alasannya)
160. Jurang pemisah in menyebabkan
K
161. Kaca (cerita) ini jelas membuktikan bahawa
162. Kaca mata ini sentiasa melihat
163. Kadangkala,
164. Kekagetan (ketakutan / kebimbangan) ini menyebabkan
165. Kala manusia bermain dengan kezaliman,
166. Kalakian, ( ketika itu)
167. Kaliber (kebolehan) manusia tergugat apabila
168. Kalimah (kata-kata) ini menyebabkan
169. Kancah politik menyebabkan
170. Kancah jenayah ini semakin serius sehingga
171. Kandil (pelita) hidup yang bernyala-nyala menyebabkan
172. Kanun (undang-undang) jenayah tidak dapat berfungsi dengan baik kerana
173. Karma kehidupan ini akan jelas kelihatan apabila
174. Kata Perdana Menteri,
175. Kata golongan intelek,
176. Kaum hawa (wanita) berpendapat bahawa
177. Kaum adam (lelaki) berpendapat bahawa
178. Kayu pengukur tahap keimanan seseorang ialah
179. Kecainya (hancurnya) harapan ibu bapa apabila
180. Kekecamukan ( ketidaktenteraman) ini menyebabkan
181. Kedaluwarsa (sudah tiba masanya)
182. Kebobrokan (kemusnahan) manusia semakin memuncak kerana
183. Kelak,
184. Kemudiannya,
185. Kekeliruan (kekusutan) ini semakin jelas menunjukkan
186. Kekhilafan (kesilapan) ini menyebabkan
187. Kekentalan hidup mengajar kita
188. Kerenah manusia pada zaman moden ini,
189. Ketuaan dunia kelihatan jelas apabila
190. Khususnya,
191. Kiamat nanti jika hal in menjadi ketahuan umum kerana
192. Kini,
193. Kira-kira sedekad lalu,
194. Kitab suci al-Quran menjelaskan bahawa
195. Klasiknya pemikiran seseorang apabila
196. Kombinasi ini menyebabkan
197. Kompetitif (persaingan) ini menyebabkan
198. Kompleksnya kehidupan manusia kerana
199. Komuniti Malaysia tidak beranggapan bahawa
200. Konklusinya,
201. Konsep ini sesuai kerana
202. Kontradiksinya, (sebaliknya)
203. Kekosongan jiwa menyebabkan
204. Kotornya sanubari seseorang jika
205. Kreativiti ini menyebabkan
206. Kredit (hutang / wang) harus diberikan kepada mereka kerana
207. Kritikalnya masalah ini kerana
208. Kubu pertahanan negara semakin terancam apabila
209. Kurangnya pendidikan menyebabkan
L
210. Lagipun,
211. Lagi pula,
212. Langkah yang sesuai ialah
213. Langsung tidak kita ramalkan bahawa
214. Lebih-lebih lagi,
215. Lahirnya perasaan tersebut adalah kerana
216. Lahiriahnya ( pada awalnya)
217. Lakonan manusia kini semakin baik kerana
218. Lanjutan daripada peristiwa itu,
219. Lantangnya suara manusia menyebabkan
220. Lapangan (bidang) ini berkisar tentang
221. Lebih-lebih lagi,
222. Leganya kita jika
223. Lillahi, (demi Tuhan)
224. Lumrahnya, (lazimnya)
225. Lumpur hidup ini memang begitu,
M
226. Maknanya,
227. Maka,
228. Masa sekarang
229. Malangnya,
230. Malang tidak berbau,
231. Masihkah anda ingat,
232. Misalnya,
S
233. Sementelahan,
T
234. Tempiasnya (kesannya)
MUTIARA KATA
1. Buku merupakan penasihat yang kekal. Chambers.
2. Cintailah musuhmu kerana mereka akan menunjukkan kesalahan-kesalahanmu. Benjamin Franklin.
3. Jangan bertanya apa sumbangan negara kepadamu, tetapi tanyalah apa yang boleh kamu sumbangkan untuk negara. Abraham Lincoln.
4. Jangan memikirkan masa lampau atau masa akan datang, tetapi tawanlah saat ini dan ambillah manfaatnya. Pascal
5. Jika kita membenci orang, orang akan membenci kita. Pepatah Tibet.
6. Kejahatan yang dilakukan oleh manusia tetap hidup, walaupun orang itu telah mati. Shakespeare.
7. Kesedaran walaupun sesaat, sering kali lebih berharga berbanding pengalaman sepanjang hayat. Oliver Wendell Holmes.
8. Keyakinan akan memotivasikan diri anda untuk melangkah lebih tinggi. Dr. Irfan Khairi, jutawan internet di Malaysia.
9. Masa umpama pedang. Jika kamu tidak memancungnya, masa pasti akan memancung kamu. Pepatah Arab.
10.Merancang masa bermakna, merancang kejayaan. Dr. Irfan Khairi.
__________________________________________________________
1. Orang yang bijaksana akan sentiasa dilanda kebimbangan. Zhuang Zi.
2. Orang yang rajin dan tabah tidak mudah mengatakan sesuatu itu, tiada harapan. Cicero.
3. Orang yang budiman ialah orang yang menghargai dan mengakui kelebihan bakat temannya. Confucious.
4. Orang yang berfikiran besar merupakan orang yang melihat bahawa fikiranlah yang bakal menguasai dunia. Napoleon Hill.
5. Pengalaman ialah guru terbaik. Cicero.
6. Usia tua datang tanpa dipanggil. Pepatah Jerman.
7. Rakyat itu akar bangsa. Jika akarnya sihat, maka pokoknya pun sihat. Beng Tju.
8. Seseorang yang mempunyai perancangan, dapat mengatasi sepuluh orang yang tidak mempunyai perancangan. Frank Tibolt.
9. Tiada kejahatan yang dapat dinilai sebagai baik, walaupun kejahatan itu dilakukan untuk tujuan yang baik. Pepatah Arab.
10.Manusia dilahirkan untuk meraih kejayaan, bukan untuk mengalami kegagalan. Henry Thoreau.
11.Wajah ialah saksi yang tidak pernah berdusta. Socrates.
12.Yang penting, bukan dari mana kita datang, tetapi ke mana kita akan pergi. J. Jayewarden
PENULISAN CEMERLANG : KOLEKSI COGAN KATA
1. Filem Kita Wajah Kita
2. Fikir Dahulu Sebelum Buang
3. Generasi Muda Wawasan Bangsa
4. Generasi Muda Peneraju Wawasan
5. Guru Cemerlang, Pelajar Gemilang, Negara Terbilang
6. Guru Pembina Negara Bangsa
7. Indah Budi Kerana Bahasa
8. Kepimpinan Melalui Teladan
9. Keranamu Malaysia
10. Malaysia Boleh
11. Membaca Jambatan Ilmu
12. Membaca Sepanjang Hayat
13. Rumahku Syurgaku
14. Remaja Penggerak Wawasan
15. Satu Malaysia
16. Semakin Hari Semakin Sayang
17. Sihat Sepanjang Hayat
18. Sayangilah Sungai Kita
19. Tak Nak Merokok
20. Utamakan Kesihatan
KOLEKSI FRASA MENARIK
- memiliki iltizam yang tinggi
- memiliki jati diri yang unggul
- mempunyai keterampilan sendiri
- mempunyai pegangan agama yang mantap
- memiliki prakarsa untuk melakukan perubahan
- menempuh arus globalisasi
- menjana pertumbuhan ekonomi
- mengasah daya kepimpinan
- mengukuhkan keutuhan perpaduan bangsa Malaysia
- memiliki ketahanan diri yang ampuh untuk menghadapi dugaan dan cabaran
- menerjah kecemerlangan
- menggarap pengetahuan
- memberikan nafas baharu
- membentuk personaliti unggul dan hala tuju kehidupan
- menjana kehebatan bakat dan kreativiti
- menyuburkan amalan nilai murni
- menyemai kesantunan budi pekerti
- menyemai rasa tanggungjawab dalam kalangan generasi muda
- menjalinkan kemesraan dan ikatan kasih sayang
- mengeratkan jalinan semangat kejiranan
- menyimpulkan ikatan sosial
- membina kecemerlangan sahsiah
- menjadi pemangkin kemajuan negara
- menguasai fikiran dan mengawal minda
- mematangkan minda masyarakat
- merealisasikan impian, harapan dan cita-cita
- membicarakan impian dan harapan
- menjayakan misi dan visi
- meneruskan kelangsungan hidup
- mewarisi tampuk kepimpinan
- menjayakan agenda kerajaan
- memerlukan revolusi sikap
- melipatgandakan usaha dan memperlihatkan komitmen berterusan
- media arus perdana
- menguasai dada akhbar
- mengurangkan jurang digital
- mengundang padah
- masih berada di takuk lama
- masih terbelenggu dengan pemikiran negatif
- meniti perjalanan kehidupan yang penuh dengan ranjau dan dugaan
PENGGUNAAN RANGKAI KATA SETARA
- Bersandar pada cara dan berpegang pada peraturan
- bercelaru dan berserabut
- dirungkaikan secara matang dan dileraikan secara bijaksana
- keperibadian yang mulia dan ketinggian budi yang luhur
- kemampuan bersaing dengan negara-negara maju dan berkeupayaan ….
- keupayaan memanipulasikan dan kebolehan mengendalikan
- kecelaruan pemikiran dan kekusutan minda
- kemiskinan maklumat dan kekurangan informasi
- masyarakat yang berbudaya ilmu dan berperibadi unggul
- melontarkan pendapat bernas dan meluahkan perasaan
- membuahkan kegembiraan dan melahirkan kesejahteraan
- menyusuli usaha dan diikuti ikhtiar
- melampaui batas dan melanggar tatasusila
- menangkis kegundahan dan keresahan
- mempersoalkan kegagalan dan mengungkitkan ketewasan
- meluahkan perasaan dan melahirkan isi hati
- menimbulkan kesedaran dan melahirkan keinsafan
- menilai keupayaan sebenar dan mentafsir kemampuan hakiki
- memperlihatkan keterampilan dan menunjukkan kemampuan
- melemparkan tohmahan dan melontarkan syak wasangka
- menggugat keimanan dan menggoncang ketetapan hati
- mencemarkan imej dan memburukkan bayangan
- membelakangkan amanah ibu bapa dan mementingkan diri sendiri mengagungkan budaya hiburan dan meminggirkan ajaran agama
- percanggahan pendapat dan pertentangan hujah
- usaha yang terancang dan ikhtiar yang teratur
PADA ZAMAN MODEN
- pada era globalisasi
- pada era globalisasi yang semakin mencabar
- pada era dunia tanpa sempadan
- pada era siber
- pada era teknologi maklumat
- pada alaf baharu
- pada alaf baharu yang kian sarat dengan pelbagai cabaran
REMAJA
- anak-anak belasan tahun
- anak-anak belasan tahun yang gigih berjuang di medan ilmu
- pelajar-pelajar
- para belia
- generasi muda
- generasi muda yang masih mentah mengharungi ranjau kehidupan
- generasi pascamerdeka
- generasi pewaris kepimpinan negara
- pemuda pemudi harapan bangsa
- putera puteri harapan bangsa
- putera puteri pewaris kepimpinan negara
MASALAH SOSIAL
- kes-kes jenayah
- gejala negatif
- gejala maksiat yang kian berleluasa
- perangkap maksiat
- perangkap maksiat yang tidak mengenal mangsa
- perlakuan antisosial
- perlakuan yang batil
- perlakuan yang bertentangan dengan ajaran agama
- terjebak dalam kegiatan negatif yang menjejaskan kejayaan masa hadapan
- terjebak dalam kegiatan negatif yang menjatuhkan maruah keluarga
MASALAH YANG KIAN MENINGKAT
- masalah yang semakin meningkat tahun demi tahun
- masalah yang semakin berleluasa saban tahun
- masalah yang kian kronik
- masalah yang kian serius
- masalah yang membimbangkan pelbagai pihak
- masalah yang mencetuskan kebimbangan dalam kalangan pemimpin dan masyarakat
- masalah yang menggusarkan pemikiran ibu bapa
- masalah yang menggusarkan pemikiran pelbagai pihak
- masalah yang menuntut penyelesaian segera
BEKERJASAMA
- bekerjasama “bagai aur dengan tebing” untuk ….
- bekerjasama untuk mengatasi masalah yang kian membimbangkan
- berganding bahu mencari jalan penyelesaian bagi menangani masalah ….
- bergabung tenaga untuk mengatasi ….
- melipatgandakan usaha untuk ….
- pelbagai langkah perlu diambil untuk ….
- pelbagai langkah proaktif perlu digerakkan dengan berkesan demi ….
- pelbagai tindakan drastik perlu diambil untuk ….
- situasi ….. perlu ditangani dengan bijak agar ….
Frasa Menarik Untuk Karangan
Frasa-frasa menarik yang boleh digunakan dalam penulisan karangan pelajar:
1Memanifestasikan fikiran – Menggunakan idea dengan sebaik-baiknya
2Menukilkan kata-kata – Menulis / bercakap sesuatu
3Memberikan impak – Mengakibatkan / menyebabkan
4Rentetan senario itu – Selepas fenomena itu
5Jika ditelusuri – Jika dikaji secara mendalam
6Penyalur ilmu – Pemberi banyak pengetahuan
7Alaf baharu – Masa terkini
8Mutakhir ini – Pada masa kini
9Seantero dunia – Seluruh dunia
10Menikam sanubari – Merosakkan perasaan
11Meluaskan horizon pemikiran – Meluaskan pandangan / pemikiran
12Menggabungjalinkan elemen – Menggunakan pelbagai aspek
13Merangsang ekonomi – Mengaktifkan proses jual beli
14Lebih intelektual dan berketerampilan – Lebih bijak dan berkebolehan
15Bitara – Tiada tandingan / eksklusif / hanya satu-satunya
16Simbiosis – Dua benda yang saling berkaitan
17Masih bermain dengan fantasi – Berkhayal / bermenung / tidak berfikiran matang
18Mendabik dada – Kesombongan akibat kejayaan / keangkuhan
19Mengkodifikasikan undang-undang – Menyelaras undang-undang / peraturan
20Kestabilan spiritual dan fizikal – Keseimbangan rohani dan jasmani
21Mekanisme kawalan – Alat / aspek yang mengawal sesuatu
22Pandangan sarwa – Pemikiran biasa / umum
23Anjakan paradigma – Perubahan demi kemajuan atau kebaikan
24Relevan dengan kehendak zaman – Diterima dengan perubahan dari semasa ke semasa
25Landasan berfikir – Cara berfikir
26Masyarakat konvensional – Masyarakat umum / biasa
27Mengaibkan diri – Memalukan diri
28Alma mater – Sekolah / universiti / tempat pelajar
29Kemapanan fikiran – Keteguhan cara berfikir
30Alpukah – Daya usaha / inisiatif
31Bacul – Tidak bersemangat
32Badai kehidupan – Cabaran hidup
33Inteligensia – Kumpulan manusia yang pandai
34Berkongkalikung – Bersepakat
35Bukti yang konklusif – Bukti yang kukuh
36Praja – Kota / negeri
37Prakarsa – Inisiatif / daya usaha
38pramusaji – Pelayan tetamu di restoran
39Rutin harian – Kerja yang biasa dilakukan dan sehari-hari
40Nawaitu diri – Keinginan diri
41Narsisistik – Terlalu memuji diri sendiri
42privasi – Keadaan atau suasana bersendiri tanpa sebarang gangguan
43Portfolio menteri – Tugas menteri
44Pentas siasah – Dunia politik
45Polemik – Bahas / debat / konflik
46Melikwidasikan – Membubarkan / memansuhkan
47Linglung – Hilang ingatan
48Falah – Kejayaan / kemenangan
49interpretasi – Tafsiran / penjelasan
50.bersilengah – Bersikap tidak tahu
————————————————————————————————
1. bermaharajarela – berleluasa
2. konflik jiwa – pergolakan jiwa
3. menopang dagu- termenung
4. tonggak – asas/dasar
5. aset – sesuatu yang bernilai
6. menuding jari – menyalahkan orang lain
7. seantero – seluruh
8. malapetaka- bencana/ bala
9. keserakahan – kerakusan, ketamakan
10. konkrit- kuat, kukuh, mapan
11. merealisasikan – menjadikan kenyataan
12. vandalisme – merosakkan harta benda
13. lumrah – kebiasaan
14. duniawi – hal-hal dunia
15. ketandusan – tidak ada
16. disisihkan – dipinggirkan
17. kritikal – serius
18. sanubari – jiwa
19. akar umbi – punca
20. meranapkan – menghancurkan
21. kesedaran sivik – kesedaran tentang tanggungjawab
22. perdana – utama, primer
23. materialistik – kebendaan
24. membendung – mengawal
25. realiti – hakikat
26. berjat – kawan
27. pancaroba – keadaan yang kacau
28. mengheret – membawa kepada
29. sayugia – harus, patut
30. merunsingkan- merisaukan
31. kepupusan – kehilangan
32. khazanah – harta benda
33. global – dunia seluruhnya
34. pusaka – sesuatu yang diwarisi turun-temurun
35. warisan – harta pusaka
36. prihatin – peka, cakna
37. demonstrasi – menunjukkan
38. gemuruh- hebat
39. serampang dua mata – melakukan dua kerja serentak
40. terjebak – terlibat
41. arkib – tempat menyimpan benda khazanah
42. mencungkil- mencari
43. iltizam – harapan tinggi
44. silaturahim – persaudaraan
45. motivasi – semangat tinggi
46. menyarankan – mencadangkan
47. era – zaman
48. sistematik- teratur, mengikut peraturan
49. intensif- giat, bersungguh-sungguh
50. menberangsangkan- membanggakan
51. menimba- mendapat
52. rentetan – ekoran
53. tersadai – tidak bergerak
54. peras ugut- ancaman, paksaan
55. dif – tetamu
56. sahsiah- keperibadian
57. komitmen- kesungguhan
58. perspektif – tanggapan
59. julung-julung kali – pertama
60. nadi – penggerak
61. mengikis – membuang
62. kegawatan – kejatuhan
63. tampil – keluar
64. syabas – tahniah
65. kewibawaan- keupayaan
66. muafakat – kerjasama
67. terpikul- tertanggung
68. teladan – contoh
69. mengubah- menukar
70. dinafikan – disangka
71. menyeru- meminta
72. ditakrifkan- didefinisikan, dimaksudkan
73. mutakhir- terkini
74. fasilitator – pemudah cara
75. fleksibel – mudah diubah suai
76. kebejatan – kejatuhan
77. persada -gelanggang, arena
78. boikot- dipulaukan
79. manfaat – faedah
80. total- menyeluruh
81. senggang – santai, tidak sibuk
82. bergelandang- berperleseran
83. maslahat- faedah
84. norma – adat
85. tersohor- terkenal
86. kutsi – suci
87. diuar-uarkan- dicanangkan
88. dana – modal
89. menerajui – memimpin, mengetuai
90. imej – penampilan
91. emansipasi – hak kebebasan
92. merencatkan – menggagalkan
93. dimonopoli – dikuasai
94. kolot- kuno
95. profesion – kerjaya
96. informasi – penerangan
97. integrasi – perpaduan
98. aspirasi – cita-cita, keinginan
99. memudaratkan – memburukkan
100. dinamis – berdaya saing
101. progresif- sihat dan cemerlang
102. drastik – cepat
103. perisai – pertahanan
104. diagnosis – mengenal pasti
105. pemantauan – pengawasan, pemeriksaan
106. manifesto – pendirian
107. waswas – tidak yakin
108. natijahnya – kesannya
109. mencerminkan- melambangkan
110. jenama – jenis barang
111. pornografi – bahan-bahan lucah
112. diiktiraf -diakui
113. obligasi – semangat
114. impak – kesan
115. tuntasnya- keseluruhannya
116. akur – bersetuju
117. efektif – berkesan
118. konvensional- ceramah
119. panji – bendera
120. individualistik – mementingkan diri sendiri
121. manipulasi- tindakan
122. musibah – bencana
123. lewa – tidak sepenuh hati
124. prosedur – peraturan
125. inisiatif – daya usaha
126. anasir- gejala
127. penggemblengan – penyatuan
128. transisi – perantaraan
129. kaliber – berkeupayaan
130. darsawarsa – satu dekad
131. insentif – imbuhan, ganjaran